Berita Harian

Dua maut pesawat mendarat cemas di Siberia

-

Moscow: Dua penumpang maut, manakala tujuh lagi cedera apabila pesawat penumpang Antonov An-24 mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di wilayah Buryatia, Siberia, Russia, hari ini.

Menurut pihak berkuasa, pesawat yang membawa 48 penumpang, termasuk lima anak kapal, terbabas dari landasan ketika mendarat, lalu merempuh sebuah bangunan dan terbakar.

Katanya, pesawat itu dilaporkan berlepas daripada Ulanude menuju ke Nizhneanga­rsk, apabila satu daripada enjinnya gagal berfungsi, hingga memaksanya membuat pendaratan cemas.

Sementara itu, video yang dirakamkan oleh seorang penumpang daripada tingkap pesawat menunjukka­n ia sedang mendarat di landasan, sebelum terbabas ke kawasan padang.

Ia mengakibat­kan pesawat berhenti secara tiba-tiba, diikuti dengan suara jeritan penumpang yang berada di dalam kabin.

Pihak berkuasa wilayah berkata, seorang juruterban­g dan juruteknik maut dalam kemalangan itu, tetapi kesemua penumpang berjaya dibawa keluar, sebelum pesawat musnah dalam kebakaran.

REUTERS

 ??  ?? Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada pesawat penumpang Antonov-24, selepas terhempas ke dalam loji rawatan kumbahan ketika mendarat cemas di Nizhneanga­rsk, Buryatia, Russia, semalam.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada pesawat penumpang Antonov-24, selepas terhempas ke dalam loji rawatan kumbahan ketika mendarat cemas di Nizhneanga­rsk, Buryatia, Russia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia