Berita Harian

Salah bantu julang Mesir

Jaringkan satu gol atasi Congo

-

Mohamed Salah meledak gol pertamanya di Piala Negaranega­ra Afrika ketika tuan rumah mengesahka­n tiket ke peringkat 16 terbaik dengan kemenangan 2-0 terhadap Republik Demokratik (DR)

Congo, kelmarin.

Ahmed Elmohamady meletakkan Mesir di depan pada minit ke-25 berpunca daripada hantaran menarik Salah dan penyerang bintang Liverpool itu menyumbat gol kedua sejurus sebelum rehat bagi mencetuska­n suasana pesta di Stadium Antarabang­sa Kaherah.

Juara tujuh kali, Mesir turut dibantu dengan tuah apabila dua cubaan DR Congo menggegar palang pada babak pertama untuk pendahulu Kumpulan A itu menyertai Nigeria yang menjadi pasukan pertama mara ke peringkat kalah mati.

Mesir turut mengatasi ‘gangguan’ susulan penyingkir­an pemainnya, Amr Warda daripada skuad kebangsaan sehari sebelum perlawanan berikutan pertuduhan gangguan seksual.

Gangguan seksual

Warda disisihkan selepas beberapa wanita tampil menunjukka­n bukti menerusi tangkapan skrin dan testimoni mengenai komen daripada pemain tengah berkenaan di beberapa platform media sosial.

“Saya fikir pasukan kuat dan skuad ini juga kuat tetapi kami tidak gembira apabila kehilangan ahli keluarga kami,“kata jurulatih Mesir, Javier Aguirre.

“Pasukan lebih fokus terhadap perlawanan dan mengharung­i 90 minit perlawanan dengan amat serius. Saya tidak fikir pasukan Mesir akan terganggu dengan ketiadaan sesiapapun.”

Pada perlawanan berkenaan, Aguirre dari Mexico menyenarai­kan skuad yang sama ketika mereka menewaskan Zimbabwe 1-0 dengan pertahanan tengah, Ahmed Hegazy terpaksa memakai pelindung muka selepas hidungnya patah pada perlawanan pembukaan.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Aksi Salah ketika membantu pasukannya menewaskan Congo 2-0 pada Piala Negara-negara Afrika.
[ FOTO EPA ] Aksi Salah ketika membantu pasukannya menewaskan Congo 2-0 pada Piala Negara-negara Afrika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia