Berita Harian

FIFA siasat salah laku Cameroon

-

Paris: Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) membuka prosiding disiplin terhadap Cameroon selepas kekalahan 3-0 pasukan itu kepada England di peringkat 16 terbaik Piala Dunia Wanita, Isnin lalu yang dicemari insiden bantahan membabitka­n Video Bantuan Pengadil (VAR).

England membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma di dalam kawasan penalti selepas pertahanan Cameroon, Augustine Ejangue dilihat meludah ke tangan penyerang, Toni Duggan.

Sekali pun tidak melihat kesalahan itu, pengadil dari China, Qin Liang membuat keputusan untuk mendapatka­n penilaian semula VAR dan memberikan England sepakan percuma berkenaan.

Pemain-pemain Cameroon kemudian melakukan protes terhadap pengadil yang mengesahka­n jaringan kedua England yang pada awalnya dikatakan ofsaid menerusi VAR dan enggan memulakan permainan.

Terjahan keras

Cameroon juga berasakan mereka sudah merapatkan kedudukan pada awal babak kedua tetapi sekali lagi dihampakan oleh VAR berikutan kedudukan ofsaid yang mencetus lebih banyak insiden tidak diingini selepas itu.

Prosiding FIFA terhadap Persatuan Bolasepak Cameroon meliputi ‘Pertuduhan pelanggara­n membabitka­n artikel 52 (salah laku pasukan) dan artikel 57 (kelakuan ganas dan permainan adil) Kod Disiplin FIFA,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, kelmarin.

Jurulatih Cameroon, Alain Djeumfa menuding jari terhadap pengadil dengan menyifatka­n kekalahan itu sebagai ‘penyalahgu­naan keadilan’.

Pengurus England, Phil Neville mengkritik sikap yang ditampilka­n pasukan lawan termasuk terjahan keras terhadap pemainnya, Steph Houghton.

“Pasukan lawan benarbenar memalukan,” kata bekas pemain Manchester United itu. “Jika ia pasukan saya, dan ia tidak akan terjadi kepada manamana pemain saya, mereka tidak akan bermain untuk England lagi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia