Berita Harian

D Shahriman berang, dakwa penipuan

-

Kuala Lumpur: Tahap kesabaran Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin sudah tidak dapat dibendung apabila tampil mendedahka­n isu ‘penipuan’ sebenar dalam pencalonan untuk perebutan kerusi panas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Jelas Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) itu, banyak bukti yang menunjukka­n pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah tidak sah dan tidak layak.

Ini kerana, difahamkan sebelum ini Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam persatuan sukan, namun sebaliknya berlaku. Khairy menghantar pencalonan pada 15 Jun lalu di atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden Persekutua­n Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF).

D Shahriman berkongsi tiga bahan bukti iaitu dokumen palsu oleh Persekutua­n Ragbi Kerusi Roda Malaysia, tiada langsung gambar menunjukka­n Khairy aktif di dalam persatuan dan campur tangan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Saya mendapat bukti senarai Ahli Jawatankua­sa MWRF 2018/2019 yang berlaku tahun lalu bahawa Tan Ah Bee adalah Timbalan presiden, manakala bagi jawatan Naib Presiden 3 tertulis akan dilantik kemudian.

“Tetapi yang terbaharu Tan Ah Bee diturunkan pangkat sebagai Naib Presiden 3. Yang peliknya nama KJ pula sebagai Timbalan Presiden. Saya geli dan semua itu adalah toksik. Ia tidak mengikut perlembaga­an,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia