Berita Harian

RM1.2 juta tajaan diterima

Penganjura­n kali ini tawar cabutan bertuah kereta, motosikal

- Oleh Ruwaida Md Zain

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menerima sumbangan penajaan bernilai kirakira RM1.2 juta di sini, semalam bagi penganjura­n perlawanan Piala Sultan Selangor edisi ke-18 di Stadium Shah Alam pada 24 Ogos ini.

Pengerusi Penganjur Piala Sultan Selangor 2019, Tan Sri

Abd Karim Munisar berkata sumbangan itu antara lain diterima daripada kerajaan Selangor dan anak syarikatny­a berjumlah RM579,999.99 selain 15 organisasi dalam pelbagai bentuk.

Antaranya adalah Perbendaha­raan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), KDEB Waste Management, Pemerbadan­an Menteri Besar Selangor (MBI) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) Sdn Bhd.

“Terima kasih juga kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang bersetuju menjadikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala Sultan Selangor 2019 selain akhbar Berita Harian dan The Star yang banyak membantu mencernaka­n idea dan publisiti untuk merealisas­ikan sambutan rakyat,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan penajaan Piala Sultan Selangor 2019 dan jamuan teh di Istana Alam Shah Klang, di sini, semalam.

Tawar cabutan bertuah

Yang turut hadir adalah Menteri Besar, Amirudin Shari; Gobind Singh Deo; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Khaidir A Majid.

Penyumbang lain adalah adalah Tanjung Balai Group sebanyak RM300,000 dan sebuah kereta Honda City 1.5 sebagai hadiah cabutan utama bernilai RM80,000 manakala Kingsley Seeds Foundation, Everspring Land Sdn Bhd, Ecoworld Developmen­t Group Berhad, Nirvana Memorial Park, Aiman Platinum Sdn Bhd dan Setia Awan Group masing-masing berjumlah RM50,000.

Abd Karim berkata selain piala utama dan veteran, pada tahun ini juga diperkenal­kan kategori untuk piala ‘Singapore - Selangor Schools Challenge Cup’ yang membabitka­n murid sekolah bawah 15 tahun berbanding usia bawah 16 ketika ia diperkenal­kan dua tahun lalu.

Katanya, Piala Sultan Selangor kali ini menawarkan cabutan bertuah untuk peminat dengan pelbagai hadiah menarik menerusi pembelian tiket masuk yang hanya dijual pada harga RM10.

“Ia termasuk sebuah kereta Honda City bernilai RM80,000, sebuah motosikal Harley Davidson 883 Iron bernilai RM80,000 dan penginapan tiga hari dua malam di Marriott Kota Kinabalu untuk tiga pemenang,” katanya.

Tahun lalu, skuad Pilihan Selangor menjulang trofi berprestij Piala Sultan Selangor selepas kali terakhir memenangin­ya pada 2014. Pilihan Singapura menjuarai piala ini sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia