Berita Harian

Syed Saddiq sahkan calon Pesuruhjay­a Sukan sudah ada

-

Kuala Lumpur: Tumpuan kini terarah kepada Pesuruhjay­a Sukan apabila ramai pihak menyebut perlunya campur tangan pentadbir sukan negara itu bagi menyelesai­kan kemelut yang melanda Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menjelang pemilihan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) esok.

Kekosongan jawatan berkenaan yang ditinggalk­an oleh Datuk Zaiton Othman pada Mac lalu, yang masih belum diisi, menjadikan isu ‘panas’ ini belum menemui kesudahan yang baik.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman bagaimanap­un semalam tampil memberi jaminan calon bagi jawatan Pesuruhjay­a Sukan itu akan diketahui tidak lama lagi.

Jalan proses pemilihan

Katanya, jawatankua­sa pemilih yang dipengerus­ikan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Dr Waitchalla R R V Suppiah telah menjalanka­n proses pemilihan dan sudah menyenarai pendek tiga calon, sebelum memutuskan satu calon yang sesuai menyandang jawatan itu.

“Dalam pelantikan Pesuruhjay­a Sukan, saya telah pun muktamad dan menandatan­gani pelantikan itu. Pelantikan itu dibuat melalui proses yang agak meritokrat­ik di mana kita buka permohonan (untuk mengisi jawatan itu), kita adakan temuduga dan ada jawatankua­sa pemilih yang menyenarai­kan pendek tiga calon.

“Nama calon (yang dipilih) saya tidak boleh maklumkan dahulu kerana masih perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA). Selepas lantikan ini, kita boleh muktamadka­n masalah yang tertangguh secepat mungkin,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Regent Internatio­nal School, Kool Sport and Asia Pacific Sports di Bukit Jalil.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata kementeria­n menerima aduan rasmi daripada MPM dan siasatan mengenai dakwaan berkaitan kontrovers­i pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan empat calon lain sedang dijalankan.

Sebelum ini Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam satu kenyataan media berkata persatuann­ya menerima aduan serta bantahan terhadap lima pencalonan yang dihantar pada 15 Jun lalu bagi merebut jawatan dalam AGM yang dijadualka­n pada 29 Jun ini. BERNAMA

 ??  ?? Zaiton Othman
Zaiton Othman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia