Berita Harian

Kejuaraan milik Naraajie

-

Kuala Lumpur: Pemain golf Indonesia, Naraajie Ramadhan Putra menamatkan penantian 28 tahun negaranya apabila merangkul Kejohanan Amatur Saujana di Saujana Golf & Country Club (SGCC), dekat sini, semalam.

Kali terakhir wakil negara jiran itu memenangi gelaran berkenaan adalah pada 1991 menerusi Borhan Bora.

Naraajie selesa memenangi pertarunga­n pusingan akhir dengan kelebihan lima pukulan ke atas pemain Australia, Dylan Gardner; Taichi Kho (Taiwan) dan Alif Mohd Fathi (Malaysia).

Naraajie menerajui saingan sejak hari pertama dengan mencatat dua di bawah par 70, diikuti enam di bawah par 66 yang juga rekod terbaru Lapangan Palm di SGCC sebelum melengkapk­an kemenangan keseluruha­n dengan lapan di bawah par 136.

“Dengan kelebihan selesa, saya memutuskan untuk beraksi secara santai - dengan mencari catatan par - dan biarkan pemain lain merasai tekanan,” kata Naraajie.

“Saya sendiri turut berasa tertekan tetapi saya terus berpegang dengan strategi saya. Saya gembira ia berkesan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia