Berita Harian

Kementeria­n Pendidikan komited tingkat mutu sukan

Nie Ching sifatkan Amy Kwan contoh terbaik atlet terbaik institusi pendidikan

- Oleh Jumiati Rosly

Selepas berjaya menganjurk­an tujuh edisi Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), Kementeria­n Pendidikan komited untuk meneruskan usaha membantu meningkatk­an mutu sukan negara dan penganjura­n kejohanan bertaraf kebangsaan serta antarabang­sa.

Ketika memberi jaminan itu, Timbalan Menteri Pendidikan,

Teo Nie Ching berkata kejayaan gimnas negara, Amy Kwan dinobatkan sebagai Olahragawa­ti Kebangsaan 2018 adalah contoh terbaik atlet yang berada di institusi pendidikan mampu meraih pencapaian tertinggi sukan negara.

“Contoh lain juga seperti atlet terjun, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang terpilih sebagai pasukan terbaik wanita pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2018.

“Momentum kejayaan seperti ini yang perlu kita kekalkan agar matlamat kementeria­n untuk turut sama dalam mencipta kecemerlan­gan sukan negara dapat diperkukuh­kan,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, semalam.

Beri ruang atlet muda

Kejohanan berkenaan bakal diadakan di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 24 Ogos ini. Turut diadakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang menyertai Sukan Universiti Dunia (Universiad­e) di Napoli, Itali, bermula 3 hingga 14 Julai ini.

Mengulas lanjut, Nie Ching berharap SIPMA 2019 akan turut memberi satu ruang yang sangat luas kepada atlet muda bersaing dalam satu kejohanan sukan kompetitif.

“SIPMA 2019 juga akan menjadi salah satu medan untuk atlet memperliha­tkan kebolehan dan potensi mereka untuk bersaing ke satu peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Ketua kontinjen negara ke Universiad­e 2019, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata seramai 35 atlet negara bersama 22 pegawai dihantar menyertai temasya itu dengan sasaran lebih rendah berbanding di Taiwan dua tahun lalu yang membawa pulang tiga perak dan empat gangsa.

Katanya, sasaran itu adalah realistik berdasarka­n ketiadaan sukan badminton dan wushu dipertandi­ngkan pada edisi kali ini yang sebelumnya menyumbang pungutan pingat negara.

Sementara itu, gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang manakala negara hanya akan menyertai tujuh jenis sukan berbanding 18 yang dipertandi­ngkan.

 ??  ??
 ??  ?? Teo Nie Ching (tengah) bergambar bersama penaja-penaja pada majlis pelancaran kejohanan SIPMA 2019 dan penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia Napoli, Itali 2019 di UNITEN, semalam.
Teo Nie Ching (tengah) bergambar bersama penaja-penaja pada majlis pelancaran kejohanan SIPMA 2019 dan penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia Napoli, Itali 2019 di UNITEN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia