Berita Harian

Sentuhan Nafuzi menjadi

-

uala Terengganu: Kegagalan menurunkan pertahanan import baharu dari Brazil, Luis Gustavo Camilo gara-gara gagal mendapat Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa (ITC) tidak menghalang perancanga­n pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain ‘melemaskan’ Kuala Lumpur kelmarin.

Jurulatih muda itu menyifatka­n kemenangan 3-1 ke atas skuad The City Boys itu begitu bermakna ketika beliau tidak mempunyai pemain idaman kerana turut berdepan dengan masalah penggantun­gan dan kecederaan membabitka­n enam pemain utamanya.

“Saya percaya tanpa enam pemain utama kerana masalah kecederaan dan digantung perlawanan, ucapan terima kasih wajar dihulurkan kepada semua pemain yang bermatimat­ian untuk mendapatka­n tiga mata.

“Bahagian pertahanan melakukan tugasan dengan baik pada malam ini (malam tadi) tidak seperti sebelumnya yang mana kita banyak bolos melalui situasi ‘set piece’, begitu juga pemain di posisi lain,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu.

Mengulas lanjut, Nafuzi berkata kemenangan itu menyuntik moralnya untuk terus memberi bimbingan terbaik kepada pasukannya biarpun bergelar pengendali sementara.

Katanya, walaupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai perancanga­n atau perubahan buat pasukan kerana baharu sebulan lebih mengambil alih tugas mengendali­kan TFC tetapi beliau tetap mahu melakukan yang terbaik.

“Setakat ini, saya berpuas hati selepas lima perlawanan yang saya kendalikan biarpun tidak pernah dapat menurunkan pemain utama sepenuhnya disebabkan masalah penggantun­gan dan kecederaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia