Berita Harian

Ali, Harith sedia bersaing

-

Kuala Lumpur: Dua bekas pemain bawah 16 tahun (B-16) negara, Ali Imran Sukari dan Harith Haiqal Adam Afkar nekad merebut tempat dalam pasukan muda kebangsaan yang akan bersaing di Kejohanan AFF B-18 di Vietnam pada 5 hingga 18 Ogos ini.

Kedua-duanya yang turut beraksi di Kejuaraan B-16 AFC 2018, Oktober tahun lalu itu mengakui tidak akan rasa gentar untuk bersaing dengan pemain lebih berusia daripada mereka.

“Saya tidak berani mengatakan peluang saya (terpilih) cerah tetapi saya akan tampil aksi terbaik dalam saingan Piala Presiden. Saya mahu perbaiki prestasi untuk cuba memikat jurulatih menyenarai­kan saya dalam pasukan,” kata Harith Haiqal.

Pentas terbaik

Harith dan Ali baharu saja pulang ke tanah air selepas terpilih menyertai program ASIAN ELEVEN yang berlangsun­g di Fukushima, Jepun, baru-baru ini.

Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 negara kini beraksi dalam saingan Piala Presiden dan ia pentas terbaik untuk dua pemain berkenaan membuktika­n kemampuan masing-masing.

Pada Kejuaraan AFF B-18 nanti, skuad negara bakal tampil selaku juara bertahan dan edisi kali ini menyaksika­n Malaysia berada dalam ‘kumpulan maut’, Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Australia.

Dalam perkembang­an berasingan, pembantu jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney enggan mengulas lanjut mengenai perkhabara­n yang mengatakan dirinya bakal membimbing ‘pasukan adik’ B-19 bagi menggantik­an Bojan Hodak.

Jurulatih dari Australia itu akui tentang ura-ura mengatakan khidmatnya akan ditagih skuad B-19 namun bertegas tiada apa yang boleh dikongsika­n ketika ini.

“Kontrak saya adalah penolong jurulatih skuad B-23. Tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan tentang perkara ini,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia