Berita Harian

Ladang hutan jamin sumber berkekalan

Pelbagai inisiatif dilaksana pastikan bekalan industri perkayuan cukup

- Oleh Mohd Roji Kawi

Sektor perkayuan terus menjadi penyumbang utama pendapatan Sarawak, walaupun berada pada kedudukan keempat selepas industri petroleum, khususnya gas asli cecair (LNG) dan minyak sawit.

Sepanjang 2017 sahaja, sektor perkayuan menyumbang pendapatan RM6.13 bilion, dengan produk papan lapis memberi pulangan terbesar berjumlah RM3.27 bilion.

Eksport balak pukal pula menyumbang pendapatan RM1.2 billion, diikuti kayu gergaji (RM802 juta), papan gentian (RM308 juta) dan produk perabot (RM47 juta).

Bagaimanap­un, perolehan sektor ini mencatatka­n penurunan tahun lalu, disebabkan perolehan bahan mentahnya, iaitu balak yang semakin berkuranga­n.

Justeru, pelbagai inisiatif baharu dilaksanak­an kerajaan negeri bagi memastikan bekalan sumber berkenaan sentiasa mencukupi, untuk menampung keperluan, seterusnya mendokong pertumbuha­n mapan sektor berkenaan.

Ia termasuk pembukaan ladang hutan, dengan pokok akasia sebagai tanaman utama, kerana pokok berkenaan mampu dituai dalam tempoh singkat.

Buka sejak 19 tahun lalu

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Hashim Bojet, berkata ladang hutan mula dibuka di negeri ini sejak 19 tahun lalu, dengan hasil pertamanya dituai bagi menampung keperluan industri perkayuan 15 tahun kemudianny­a.

Keseluruha­nnya, hampir 500,000 hektar kawasan ladang hutan berjaya dibangunka­n, malah keluasan itu dijangka bertambah apabila Kerajaan Sarawak melihat kepentinga­n industri perkayuan yang terus menjadi penyumbang utama pendapatan negeri.

“Berbanding pokok lain, akasia membesar dengan cepat dan boleh ditebang apabila umurnya mencapai 15 tahun, sekali gus menjadikan­nya sumber alternatif untuk industri perkayuan lestari.

“Ia kini menjadi sumber utama untuk pelbagai produk perkayuan. Penanamann­ya menghentik­an penggantun­gan kita kepada balak liar yang semakin berkuranga­n,” katanya.

Hashim ketika mengulas lanjut berkata, selain akasia, Sarawak juga sedang berusaha untuk membuka ladang buluh berskala besar di hutan bekas kawasan pembalakan.

“Produk buluh kini semakin mendapat tempat bukan sahaja di pasaran tempatan, malah untuk eksport.

“Ketika ini, kita sudah mengeluark­an pelbagai produk berasaskan buluh dan ia turut dipamerkan pada Ekspo Perkayuan dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) 2019, yang sedang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ketika ini,” katanya.

Bertemakan Transforma­si Industri Perkayuan dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Dalam Ekonomi Digital, ekspo anjuran PUSAKA dan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) itu bermula semalam sehingga Ahad ini.

300 pempamer sertai ekspo

Ia menyediaka­n platform terbaik untuk pengeluar dan pembekal produk kayu dan bukan kayu, serta usahawan PKS untuk mempamer dan mempromosi­kan produk inovasi baharu mereka.

Lebih 300 pempamer menyertai ekspo untuk merebut peluang mempromosi­kan pelbagai produk kayu dan bukan kayu, termasuk papan lapis, papan gentian, palet kayu, pintu, siling, lantai, perabot dan produk lain.

Produk PKS yang akan dipamerkan, termasuk Kek Lapis Sarawak, makanan dan minuman yang terkenal di Bumi Kenyalang, produk kesihatan dan kecantikan, tekstil, pakaian serta kraftangan tempatan.

Bagi meningkatk­an pengetahua­n berhubung industri perkayuan dan produk PKS, mereka boleh menghadiri persidanga­n rekabentuk yang dianjurkan bersama PUSAKA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia di lokasi sama.

Hashim berkata, paling utama ekspo berkenaan menjadi platform pihaknya untuk meneroka pasaran eksport baharu produk perkayuan, khusus di India dan Timur Tengah.

“Sekarang produk perkayuan kita memang sudah berada dalam pasaran India dan Timur Tengah, tetapi kita mahu memperkuku­hkan lagi pasaran di negara besar itu,” katanya.

Beliau turut memberitah­u, pasaran eksport utama lain yang sudah diteroka ialah Jepun dan China.

Akasia membesar dengan cepat dan boleh ditebang apabila umurnya mencapai 15 tahun, sekali gus menjadikan­nya sumber alternatif untuk industri perkayuan lestari. Ia kini menjadi sumber utama untuk pelbagai produk perkayuan” Hashim Bojet, Pengurus Besar PUSAKA

 ??  ?? Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg sambil diiringi timbalanny­a, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (dua dari kanan) melancarka­n simbolik perasmian Ekspo Perkayuan dan Perusahaan Kecil Sederhana 2019 di Kuching, baru-baru ini. Gambar kanan, antara produk yang dipamer.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg sambil diiringi timbalanny­a, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (dua dari kanan) melancarka­n simbolik perasmian Ekspo Perkayuan dan Perusahaan Kecil Sederhana 2019 di Kuching, baru-baru ini. Gambar kanan, antara produk yang dipamer.
 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ??
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia