Berita Harian

Feri kurang punca kesesakan

Pengguna dari Pusa ke Beladin, Triso ke Sebuyau tidak puas hati khidmat pada musim perayaan

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Jika mahu menguji diri melihat sama ada mampu bersabar selepas sebulan berpuasa, bolehlah berkunjung ke Pusa untuk ke Beladin atau Triso menuju ke Sebuyau.

Kemampuan bersabar benarbenar teruji melihat kenderaan bergerak seperti ‘siput’, berikutan kekurangan feri beroperasi terutama di kawasan Sungai Batang Lupar, di sini, pada musim perayaan.

Ini kerana, ada yang hilang sabar kerana terpaksa menunggu berjam-jam lamanya dan

sanggup memotong barisan akibat tekanan menunggu dalam kenderaan, sehingga nyaris berlaku pergaduhan.

Setiap tahun pada musim perayaan, kenderaan terpaksa beratur sepanjang tiga kilometer semata-mata menunggu giliran menaiki feri bagi menyeberan­g sungai berkenaan untuk berkunjung ke rumah sanak saudara.

Beratur panjang

Seorang pengguna feri, yang mahu dikenali sebagai Sulaiman, 45, berkata jumlah feri beroperasi menjadi punca kepada kesesakan teruk terutama ketika musim perayaan.

“Di Pusa ada dua feri, manakala di Triso ada tiga. Awak boleh tengok sendiri berapa panjang kereta beratur untuk ke seberang sama ada mahu ke Beladin atau Sebuyau.

“Lagi satu, kenderaan bernombor plat ‘SG’ janganlah memotong barisan, silalah beratur seperti orang lain juga,” katanya kepada NSTP, di sini semalam.

Kenderaan plat ‘SG’ dan ‘QSG’ merujuk kepada kenderaan milik kerajaan negeri.

Sulaiman ketika mengulas lanjut, berkata tempoh masa untuk feri menyeberan­g Sungai Batang Lupar, kira-kira 45 minit.

“Feri mula beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Namun, penduduk kampung sekitar mencadangk­an tahun depan, operasi feri dibuat 24 jam bagi keselesaan semua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia