Berita Harian

Pegawai kanan kerajaan perlu isytihar aset

-

Miri: Pengisytih­aran aset tidak sepatutnya terhad kepada ahli politik saja, sebaliknya harus diperluask­an merangkumi semua pegawai kanan kerajaan di seluruh negara.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, berkata langkah itu perlu bagi memastikan wujud intergriti dan ketelusan pada semua pegawai kanan kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.

Beliau berkata usaha berkenaan boleh dilakukan dan mampu memastikan amalan rasuah yang cuba dihapuskan kerajaan dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Sebagai ahli Parlimen yang baru, saya merasakan bahawa pengisytih­aran aset juga perlu dikenakan terhadap pegawai kerajaan berpangkat tinggi.

“Mereka adalah jentera utama kerajaan dan mempunyai banyak kuasa meluluskan projek yang ingin dilaksanak­an,” katanya pada sambutan Aidilfitri di kediamanny­a di sini, semalam.

Lukanisman berkata hasil pengisytih­aran aset yang sudah dibuat perlu diumumkan kepada orang awam supaya mereka boleh menilai keikhlasan mereka.

Jelas beliau, pengisytih­aran aset boleh dilakukan setiap tahun supaya rakyat dapat melihat sama ada terdapat peningkata­n atau penurunan aset yang dimiliki ahli politik atau pegawai kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia