Berita Harian

Mayat lelaki reput ditemui di bilik tidur

-

Sibu: Mayat seorang lelaki yang sudah mula reput, dengan kesan luka di dahi, ditemui dalam bilik tidurnya di sebuah rumah panjang di Matu, malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata Abdul Razak Abdullah @ Hendra Ak Pet, 33, ditemui dalam keadaan terlentang kira-kira jam 8 malam oleh bapanya yang memecahkan pintu bilik tidur selepas terhidu bau busuk.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Balai Polis Matu dengan bantuan bot Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 tiba di lokasi sekitar jam 12.10 tengah hari semalam untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan siasatan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa di lokasi mendapati kesan luka dan darah. Pihak polis turut menemui tukul berada di tepi tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, keluarga mengesyaki mangsa membunuh diri kerana kemurungan.

“Mayat dihantar ke rumah mayat hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa yang dijalankan oleh Dr Jeff Sia mendapati tidak terdapat kesan lebam atau kecederaan lain pada badan mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia