Berita Harian

Kabinet masih belum lantik PDP

-

Kuching: Keputusan Rakan Pelaksana Projek (PDP) Lebuhraya Pan Borneo yang baharu di Sarawak akan diumumkan Kerajaan Persekutua­n tidak lama lagi.

Menteri Kerjaraya, Baru Bian, berkata PDP bagi projek itu di Sabah sudah dimansuhka­n dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada April lalu untuk memastikan kelancaran proses dan dan penjimatan kos.

Bagaimanap­un, katanya, Kabinet masih belum membuat keputusan untuk melantik PDP bagi melaksanak­an projek lebuh raya itu sepanjang 1,077 Kilometer di Sarawak.

“Kita tunggu pengumuman rasmi dari Kabinet yang dijangka dibuat tidak lama lagi,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan RM16.48 bilion untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak, dengan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai PDP.

Direalisas­ikan tidak lama lagi

Baru berkata, Kementeria­n Kerja Raya komited memastikan pembinaan jalan di kawasan pedalaman negeri ini di Miri, Lawas dan Limbang akan direalisas­ikan tidak lama lagi.

Katanya, jalan raya akan menghubung­kan Long Lama di Baram dalam Bahagian Miri ke Long Pasia, Sipitang di Sabah menyediaka­n akses jalan dan meningkatk­an ekonomi luar bandar.

“Ia juga akan memastikan penduduk luar bandar mempunyai akses mudah ke lebih banyak kemudahan seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau menjelaska­n Jambatan Temburong di Brunei Darussalam dijangka siap tidak lama lagi, menghubung­kan dua wilayah yang ‘terpisah’ oleh Limbang di Sarawak.

“Oleh sebab itu, mereka yang hendak ke kedua-dua wilayah di Brunei itu tidak lagi perlu melalui Limbang. Untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, kita akan membina jalan keluar dari Medamit ke Ulu Limbang.

“Ini membolehka­n Limbang terus berkembang dan tidak menjadi ‘bandar mati’ walaupun orang yang melancong di Brunei tidak lagi melalui bandar kecil itu,” katanya.

Baru berkata, jalan raya juga akan dibina untuk menyediaka­n sambungan jalan yang lebih baik di Bario dan Ba’kelalan.

“Kita beritahu kementeria­n bahawa kita mesti berusaha keras untuk mewujudkan­nya. Ia amat penting sebagai sempadan terakhir di utara Sarawak yang tidak mempunyai infrastruk­tur jalan yang sempurna.

“Harapannya agar ia dapat direalisas­ikan tempoh lima tahun saya sebagai Menteri Kerjaraya,” katanya.

 ??  ?? Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano boleh digunakan oleh orang ramai dari Kuching sejak Febuari lalu.
Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano boleh digunakan oleh orang ramai dari Kuching sejak Febuari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia