Berita Harian

AMBIL ALIH EMPAT LEBUH RAYA UNTUK ELAK KENAIKAN TOL

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pengguna empat lebuh raya utama di Lembah Klang tidak perlu lagi berdepan potensi kenaikan tol sehingga RM2 bersandark­an perjanjian konsesi semasa dengan syarikat konsesi jika cadangan pengambila­lihan oleh kerajaan direalisas­ikan.

Ia susulan tawaran RM6.2 bilion kerajaan kepada syarikat konsesi, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya Shah Alam Sdn Bhd (KESAS) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, berkata mengikut perjanjian konsesi semasa, kadar tol Lebuhraya Damansara-puchong (LDP) di bawah LITRAK, berpotensi meningkat 48 peratus kepada RM3.10 berbanding paras semasa

RM2.10.

Bagi rangkaian lebuh raya kendalian SPRINT pula, katanya, potensi kenaikan adalah 25 peratus kepada RM2.50 berbanding RM2 bagi Tol Damansara (Damansara Link).

Bukti komitmen kerajaan

Dua lagi lebuh raya kendalian SPRINT, Kerinchi Link memperliha­tkan kadar tolnya berpotensi meningkat 40 peratus kepada RM3.50 berbanding RM2.50 dan kadar tol di Penchala Link pula boleh meningkat 67 peratus kepada RM5 berbanding RM3.

“Jika tidak berlaku perubahan kerajaan, cadangan mengambil alih tol ini tidak akan dilaksanak­an. Saya meneliti semua perjanjian konsesi masa lalu dan sebelum kerajaan baharu, jadi saya sangat biasa dengan butiran (konsesi tol).

“Pada asasnya anda bayar lebih RM1 untuk terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas,” katanya dalam ucaptama pada forum awam ‘The Next Four Years: What Now for Malaysia?’, anjuram Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), di sini semalam.

Minggu lalu, kerajaan mengumumka­n pengambila­lihan empat lebuh raya, iaitu LITRAK pada nilai RM2.47 bilion, SPRINT (RM1.984 bilion), KESAS (RM1.377 bilion) dan SMART (RM369 juta).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipetik berkata, jika proses pengambila­lihan lebuh raya berkenaan berjalan lancar, kerajaan melalui syarikat tujuan khas (SPV) akan mengambil alih lebuh raya terbabit pada 31 Disember ini.

Kian Ming menegaskan, cadangan pengambila­lihan itu menunjukka­n komitmen jitu kerajaan dalam memenuhi janjinya bagi mengurangk­an

Tiada potensi kenaikan RM2 bersandar perjanjian potensi semasa

dan seterusnya menghapusk­an tol, terutama tol antara bandar.

Beliau berkata, pengambila­lihan empat lebuh raya itu juga sebenarnya mengelakka­n kerajaan daripada menangguh bayaran pampasan kepada syarikat konsesi sebagai pertukaran untuk melanjutka­n tempoh konsesi.

 ??  ??
 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] ?? Dr Kian Ming (kiri) pada forum awam The Next Four Years: What Now for Malaysia?, anjuram Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] Dr Kian Ming (kiri) pada forum awam The Next Four Years: What Now for Malaysia?, anjuram Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia