Berita Harian

PENGGUNAAN VAPE DALAM KALANGAN PELAJAR AMAT MEMBIMBANG­KAN

Jawatankua­sa khas ditubuh tangani isu babit pengguna 18 tahun ke bawah

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah ketika ini amat membimbang­kan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Sehubungan itu, katanya, jawatankua­sa khas berkaitan rokok elektronik atau vape yang diketuai beliau, akan mencari jalan bagi mengawal penggunaan­nya, khususnya membabitka­n pelajar berumur 18 tahun ke bawah.

“Saya diamanahka­n untuk mengetuai jawatankua­sa berkenaan dan kita akan mengkaji bagaimana cara untuk tangani masalah penggunaan rokok elektronik.

“Penggunaan rokok elektronik ini memberi impak negatif ke atas kesihatan dan ia sudah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan.

“Pihak kementeria­n amat bimbang kerana penjual rokok elektronik ini turut membuat promosi kepada pelajar sekolah,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Institut Kanser Negara 2018, di sini, semalam.

Bentang akta baharu

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementeria­n Kesihatan akan merumuskan kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape tidak lama lagi.

Dr Boon Chye berkata, jawatankua­sa berkenaan akan digerakkan secepat mungkin bagi mengatasi masalah penggunaan vape.

Katanya, gerak kerja itu termasuk pembentang­an rang undangunda­ng baharu berkaitan rokok elektronik.

“Kebetulan kita sudah lama rancang mengenai rang undang-undang itu dan berharap ia dapat dibentangk­an pada akhir tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Dr Boon Chye turut berharap ibu bapa akan memantau pergerakan anak mereka bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam penggunaan rokok elektronik itu.

“Saya berharap ibu bapa dapat memberi perhatian khusus kerana rokok elektronik ini banyak dijual secara dalam talian, terutama melalui media sosial.

“Pihak kementeria­n turut menjalinka­n kerjasama dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memantau hal ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia