Berita Harian

Laporan Suzalina Halid

Peranan tambahan urus rumah tangga sendirian, kesunyian undang masalah jiwa

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Lebih 500,000 pasangan suami isteri di negara ini, yang hidup terpisah ekoran tuntutan pekerjaan, berisiko mengalami tekanan perasaan serta kemurungan, kerana perlu menggalas tugas menguruska­n rumah tangga serta keluarga secara sendirian.

Masalah jiwa itu timbul kerana seorang daripada mereka terpaksa mengambil peranan tambahan apabila perlu menguruska­n keluarga dan menjaga anak, manakala yang tinggal berjauhan dan sendirian pula berdepan kesunyian.

Kajian Lembaga Pembanguna­n Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati, situasi itu bermula

apabila golongan bapa berhijrah demi mencari pendapatan lebih baik untuk menyara keluarga.

Keadaan itu menjadi faktor utama pasangan memilih menjadi ‘keluarga komuter’, istilah digunakan LPPKN bagi merujuk pasangan berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan di antara satu sama lain, demi memenuhi tuntutan ekonomi seisi keluarga.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah, berkata tuntutan kerjaya menjadi penyebab pembentuka­n ‘keluarga komuter’ ini dengan tempoh berjauhan di antara pasangan masing-masing, mengambil masa di antara tiga hingga lima tahun.

Berjumpa suami sekali setahun

Berdasarka­n kajian LPPKN, katanya, ada juga wanita yang berjumpa dengan suami, hanya sekali dalam tempoh setahun kesan daripada kehidupan ‘keluarga komuter’.

“Sebelum ini, menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) didapati antara cabaran baharu yang terpaksa dihadapi pasangan berkahwin ketika ini ialah isu ‘keluarga komuter’, yang mana 6.9 peratus wanita berkahwin tinggal berjauhan dengan suami atas faktor pekerjaan.

“Peningkata­n ekonomi dan kos hidup mendorong keluarga untuk bekerja lebih keras untuk memenuhi tuntutan keluarga kerana kebanyakan­nya memerlukan pendapatan berganda untuk mengekalka­n tahap kewangan mereka, sekali gus mendorong pembentuka­n keluarga komuter,” katanya kepada

di sini.

Abdul Shukur, berkata kajian dijalankan oleh LPPKN itu membabitka­n 14,156 isi rumah termasuk 7,644 wanita pernah berkahwin, berusia antara 15 hingga 59 tahun.

Katanya, selain itu kajian turut membabitka­n 4,167 lelaki pernah berkahwin berusia 15 hingga 59 tahun; 5,303 remaja belum pernah berkahwin berusia 13 hingga 24 tahun, 4,059 warga emas berusia 60 tahun ke atas dan 1,408 individu bujang berusia 25 hingga 49 tahun.

Beliau berkata, berdasarka­n KPKM-5 itu, didapati peratusan wanita yang tinggal berjauhan dengan pasangan adalah paling tinggi di Sarawak iaitu 14.4 peratus, diikuti Sabah dan Labuan (9 peratus) dan Pahang (8.5 peratus).

Katanya, bagi pecahan wanita yang tinggal berjauhan dengan suami mengikut strata pula, sebanyak enam peratus wanita tinggal di bandar dan 9.8 peratus wanita tinggal di luar bandar.

“Berdasarka­n kajian itu, 32.6 peratus wanita yang tinggal berjauhan dengan pasangan mereka akan berjumpa dengan suami seminggu sekali; 24.8 peratus beberapa kali dalam sebulan,

“Sementara itu, 16.1 peratus yang menyatakan mereka berjumpa dengan suami mereka sekali sebulan dan 13.7 peratus berjumpa sekali dalam beberapa bulan.

“Namun, ada juga pasangan atau wanita yang hanya berjumpa suami mereka sekali dalam setahun yang mewakili kira-kira 2.6 peratus, “katanya.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang menghadapi situasi ini ialah sentiasa menghargai pasangan dan anak sekiranya berpeluang bercuti bersama.

Saling mempercaya­i

Katanya, perkara yang perlu diamalkan bagi ‘keluarga komuter’ ialah sikap saling percaya, menghormat­i dan saling menghargai, sekali gus tidak menjadikan berjauhan sebagai alasan untuk mengelak

 ??  ?? BH,
BH,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia