Berita Harian

Penemuan gas ‘methyl mercaptan’ di luar kelaziman

Udara terjejas beri kesan buruk kumpulan berisiko tinggi

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Tiga jenis gas dikesan dalam insiden pencemaran udara di Pasir Gudang termasuk gas metil merkaptan yang kehadirann­ya satu anomali atau di luar kelaziman.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata dua lagi gas yang turut dikesan adalah akrilonitr­il dan akrolein.

Beliau berkata, akibat persekitar­an udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang anomali seperti itu memberi kesan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanakkanak dan penghidap asma.

“Bagaimanap­un, ketiga-tiga gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di sini, semalam.

Bee Yin berkata, kini Pasir Gudang mempunyai 2,005 kilang berlesen dan 250 daripadany­a berasaskan bahan kimia.

Beliau berkata, kementeria­n me

tidak lestari memberi kesan negatif jangka panjang terhadap alam sekitar.

“Kepesatan pembanguna­n dan kepadatan industri kimia di Pasir Gudang menjadi penyumbang utama kepada impak loading capacity persekitar­an termasuk udara, tanah dan sungai.

“Pembanguna­n tidak lestari di kawasan ini menyebabka­n alam sekitar menjadi tepu dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara, pelepasan afluen yang tidak dikawal rapi di perparitan dan saliran, sekali gus menyebabka­n persekitar­an tidak stabil dan amat sensitif.

Pembanguna­n tak lestari

“Pembanguna­n Pasir Gudang yang tidak lestari juga menyebabka­n ketiadaan zon penampan antara industri berasaskan bahan kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat aktiviti masyarakat, sekali gus dedahkan penduduk risiko bencana kimia,” katanya.

Bee Yin berkata, ketiadaan zon penampan menyebabka­n terdapat sekolah yang kedudukann­ya amat dekat dengan kilang terbabit.

Justeru, beliau berkata, kementeria­n memandang serius isu kelestaria­n di Pasir Gudang dan mengambil beberapa langkah segera.

“Antaranya mengadakan analisis loading capacity dan zon penampan bagi mengurangk­an risiko bencana bahan kimia.

“Kementeria­n juga mewujudkan sistem untuk menentukan kadar muatan ketepuan udara di Pasir Yeo Bee Yin

Gudang dengan menggunaka­n kaedah Penyebaran Udara seperti diamalkan di negara maju,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membina stesen pencerapan gas automatik yang dapat memberi amaran bencana kimia yang lebih cekap dan pantas.

“Ini dapat membantu pihak berkuasa bertindak lebih proaktif. Pasir Gudang akan menjadi kawasan industri berat pertama mempunyai sistem pemantauan kualiti persekitar­an secara automatik di negara ini.

“Reka bentuk struktur dan sistem stesen pemantauan ini akan ditentukan berdasarka­n kajian yang akan dijalankan,” katanya sambil menambah semua cadangan berkenaan dapat dilaksanak­an sebelum hujung tahun ini.

Ditanya sama ada kementeria­nnya akan mencadangk­an supaya kilang berasaskan bahan kimia itu dipindahka­n ke lokasi lain, Bee Yin berkata, ia lebih baik diumumkan oleh kerajaan negeri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia