Berita Harian

Kes buang bayi serius: TPM

Kementeria­n rangka strategi advokasi, pencegahan dan program kesedaran awam kepada remaja

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kes pembuangan bayi di negara ini adalah isu serius yang harus ditangani segera, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Keluarga, Wanita dan Masyarakat, berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sejumlah 577 kes pembuangan bayi bagi tempoh 2014 sehingga 2018.

Antara punca kes berkenaan, katanya, adalah kehamilan luar nikah dan kehamilan remaja.

“Kementeria­n mengambil langkah proaktif dengan merangka strategi advokasi, pencegahan dan menjalanka­n program kesedaran awam khusus kepada golongan remaja mengenai kesihatan reprodukti­f

mereka.

“Kementeria­n bekerjasam­a polis dalam usaha melaksanak­an pemetaan lokaliti dan campur tangan strategik bagi kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘titik panas’ kes pembuangan bayi,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika melancarka­n Kempen Mencegah Pembuangan Bayi anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Plus Malaysia Berhad (PLUS) di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil di sini, semalam.

Hubungi Talian Kasih 15999

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. Program itu merangkumi inisiatif menampal pelekat kempen pada pintu tandas di 22 R&R di lebuh raya kendalian PLUS seluruh negara.

Menasihatk­an remaja atau wanita terlanjur yang tidak tahu langkah patut diambil agar menghubung­i Talian Kasih 15999, beliau berkata, mereka perlu mendapatka­n bantuan segera dan tidak mengambil tindakan melulu yang akan membahayak­an nyawa sendiri dan bayi.

“Kementeria­n juga mempunyai kaunselor yang bertauliah dalam mengendali­kan kes sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Yeoh ketika ditemui pemberita kemudian, berkata inisiatif di R&R PLUS itu adalah cara baharu menyampaik­an mesej kepada kira-kira 1.6 juta pengguna harian laluan berkenaan di seluruh negara.

Beliau berkata, kementeria­n juga sedang berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha menyebar luas inisiatif terbabit di perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) selain lapangan terbang.

Katanya, kes tertinggi bagi tempoh 2010 hingga 2018 adalah di kawasan perumahan dengan 266 kes, tandas (108) dan tempat pembuangan sampah (89) dengan Selangor mendahului senarai kerana populasi pendudukny­a ramai, diikuti Sabah dan Johor.

Bagi 2019, katanya, sejak Januari hingga Mei lalu, sejumlah 65 kes pembuangan bayi direkodkan, didahului Johor dengan 13 kes, Selangor (11) dan Kuala Lumpur (7). manakala 60 peratus bayi yang ditemui, meninggal dunia.

Kementeria­n dengan bekerjasam­a polis dalam usaha melaksanak­an pemetaan lokaliti dan campur tangan strategik bagi kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘titik panas’ kes pembuangan bayi”

Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Dr Wan Azizah bersama Yeoh melancarka­n Kempen Mencegah Pembuangan Bayi di R&R Dengkil, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Dr Wan Azizah bersama Yeoh melancarka­n Kempen Mencegah Pembuangan Bayi di R&R Dengkil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia