Berita Harian

SPRM sah akaun Azmin tiada transaksi meragukan

Siasatan terperinci sudah dijalankan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sekali lagi menjelaska­n tidak wujud transaksi dan akaun meragukan membabitka­n Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menjelaska­n siasatan terperinci sudah dijalankan pihaknya dan mendapati tidak

wujud transaksi atau akaun dinyatakan dalam laporan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam.

“SPRM menerima pelbagai pertanyaan pihak media dan orang ramai berkaitan laporan dibuat (oleh Lokman) baru-baru ini iaitu mengenai transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi milik menteri kanan yang sebenarnya merujuk kepada Mohamed Azmin.

”Beliau (Lokman) juga mendakwa terdapat kewujudan sebuah akaun di luar negara pada 2012 milik menteri berkenaan. Siasatan SPRM sudah dijalankan berdasarka­n laporan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Azam ketika mengulas lanjut, berkata SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin yang bertajuk

dengan satu laporan pernah diterima pada Ogos 2018.

Tohmahan tak benar

“Berhubung dengan isu ini, siasatan sudah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitk­an ini adalah tidak benar.

“Diharap kenyataan ini akan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai,” katanya.

Rabu lalu, Azam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjelaska­n mengenai kedudukan siasatan terhadap Mohamed Azmin berdasarka­n laporan dibuat Lokman dan beliau menjelaska­n, tidak mengesan sebarang transaksi mencurigak­an serta kewujudan akaun dikaitkan.

Beliau berkata, dalam siasatan itu akan ada pihak yang dipanggil dan sudah dipanggil, terutama pihak bank sebagai saksi untuk direkod keterangan.

Baru-baru ini, dua salinan transaksi pemindahan wang yang tertera nama Mohamed Azmin tular bersama tiga rakaman video intim.

 ??  ?? Azam Baki
Azam Baki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia