Berita Harian

Kerajaan gubal undang-undang penjanaan politik: Saifuddin

Langkah kenal pasti sumber, kaedah perbelanja­an sebelum PRU-15

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kerajaan sedang menggubal undang-undang penjanaan politik bagi mengenal pasti sumber dan kaedah perbelanja­an dana untuk parti politik di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata penggubala­n undang-undang berkenaan dikendalik­an Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang diterajui Ketua Pengarahny­a, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Kandungan undang-undang ini termasuk bagaimana dana

politik dikumpul, dari mana sumbernya sama ada dari dalam atau luar negara dan siapa yang boleh mengutip dana. Ia penting untuk diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Saya difahamkan penggubala­nnya kini pada peringkat akhir. Beberapa siri perbincang­an dengan sudah diadakan termasuk dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan parti politik lain,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Sekretaria­t PH berkata demikian kepada media selepas melancarka­n buku

di Universiti Malaya di sini, semalam.

Integriti dalam politik

Saifuddin berkata, buku hasil kajian Prof Madya Muhamad Takiyuddin Ismail terbitan Penerbit Universiti Malaya itu penting bagi membantu memastikan integriti dalam politik dan boleh dijadikan panduan dalam memperinci­kan kandungan rang undang-undang berkaitan penjanaan politik.

Buku 491 muka surat itu dihasilkan selepas kajian selama lima tahun berhubung polemik mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, selain menjawab persoalan mengenai peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang diterima politik dan kebebasan masyarakat sivil.

Isu etnik Rohingya

Sementara itu, Saifuddin berkata Wisma Putra sedang menyiapkan satu kertas bagi melihat status bantuan Malaysia ke atas etnik Rohingya termasuk pertubuhan sosial korporat (CSO) yang terbabit, pemberi dana dan langkah yang sudah serta perlu dilakukan lagi bagi membantu etnik berkenaan.

“Kita menilai apa saja yang kita lakukan dari segi kemanusiaa­n kepada etnik Rohingya sama ada di Malaysia, Bangladesh atau Rakhine.

“Banyak yang sudah dilakukan tapi banyak juga persoalan yang timbul, contohnya bagaimana jika anak Rohingya ini mahu melanjutka­n pelajaran. Jadi, kita perlu ada satu keputusan,” katanya. Menteri Luar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia