Berita Harian

PAS sokong usul Ahli Parlimen wajib isytihar harta

-

Kuala Lumpur: PAS secara prinsipnya bersetuju dengan usul dikemukaka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g, mengisytih­arkan harta bagi menghalang mereka menggunaka­n pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin bagi mendapat bayaran.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS mahu mengkaji secara mendalam tujuan sebenar kerajaan mengemukak­an usul terbabit.

Tiada masalah isytihar harta

“Secara prinsip kami tiada ada masalah untuk isytihar harta. Tetapi kita akan lihat bentuk usul dan tujuan usul terbabit, apakah munasabah atau tidak?

“Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan kerana ramai pendengki.

“Dalam Islam akan ditanya: ‘Dari mana kamu dapatkan harta dan ke mana kamu belanjakan harta? Apakah di tempat yang halal atau haram?’ Kata Saidina Ali, harta yang halal akan dihisab dan yang haram akan diazab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pembangkan­g tiada pengaruh

Beliau mengulas kenyataan perdana menteri bahawa usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g, mengisytih­arkan harta masing-masing akan dibentangk­an pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Tuan Ibrahim berkata, kebiasaann­ya Ahli Parlimen daripada parti pemerintah yang mempunyai pengaruh terhadap sebarang permohonan peruntukan atau projek.

“Kami di pihak pembangkan­g ini peruntukan yang dijanji dalam manifesto pun tidak ditunaikan. Jadi apa pengaruh kami (pembangkan­g) dalam meluluskan sesuatu projek.

“Peruntukan undang-undang mestilah dibuat atas kepentinga­n utama dan bukan atas sangkaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia