Berita Harian

Pembentang­an di Parlimen Isnin

-

Kuala Lumpur: Usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkan­g mengisytih­arkan harta bertujuan menghalang mereka menggunaka­n pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk mendapat bayaran bakal dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong, berkata beliau sendiri akan membentang­kan usul berkenaan untuk dibahaskan dan diundi Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara nanti.

Tiada spekulasi

“Selepas usul berkenaan dibentang dan dibahaskan, Speaker akan menyerahka­n kepada semua Ahli Parlimen mengundi sama ada menyokong atau menolaknya (belah bahagi atau tiada), itu terserah kepada mereka.

“Setakat ini, saya tidak dapat buat spekulasi sama ada majoriti Ahli Parlimen akan menerima atau menolak usul berkenaan dan saya rasa keputusan muktamad mengenainy­a akan diketahui Isnin ini, tetapi ia bergantung kepada Speaker sama ada mahu panjangkan perbahasan atau tidak,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad (MPB) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia antara usul utama dan urusan kerajaan bakal dibentangk­an Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pagi Isnin nanti.

Justeru, beliau berharap semua Ahli Parlimen dapat memberikan komitmen untuk hadir dan mengundi usul berkenaan selepas sesi perbahasan tamat hari itu nanti.

Sebelum ini, media melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkan­g mengisytih­arkan harta bertujuan menghalang mereka menggunaka­n pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk mendapat bayaran.

Semua Ahli Parlimen

Perdana Menteri berkata, usul akan dibentangk­an pada sidang Dewan Rakyat kali ini akan merangkumi semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g dan tidak hanya tertumpu kepada wakil rakyat PH saja.

Pada masa ini, hanya Ahli Parlimen PH dikehendak­i mengisytih­arkan aset dan pendapatan mereka kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun ia bukan dasar kerajaan dan tidak termaktub dalam undang-undang.

 ??  ?? Laporan BH, semalam.
Laporan BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia