Berita Harian

30 peratus sub-janji manifesto tercapai

- Laurence Todd, Pengarah Penyelidik­an IDEAS

Kuala Lumpur: Kira-kira 30 peratus daripada 224 sub-janji kerajaan dalam Buku Harapan sudah tercapai dan dalam landasan betul untuk dicapai, mengikut edisi terkini Projek Pantau yang dibentangk­an semalam.

Projek Pantau adalah inisiatif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), iaitu kad laporan bagi menilai prestasi kerajaan dalam melaksanak­an janji yang disenaraik­an dalam Buku Harapan.

Edisi pertama Projek Pantau dibentang pada 9 April lalu, mendapati kira-kira 29 peratus atau hampir satu pertiga janji ekonomi Pakatan Harapan (PH) dalam Buku Harapan berjaya ditunaikan oleh kerajaan.

Buku Harapan setebal 194 muka surat dengan tema ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’, mengandung­i manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dilancarka­n awal Mei 2018.

Lima teras utama ditawar PH

Ia menggarisk­an lima teras utama tawaran PH, 10 yang akan dilaksanak­an dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya serta 60 janji yang akan dilaksanak­an dalam masa lima tahun.

Laporan terkini dilancarka­n semalam pada forum awam bertajuk The Next Four Years: What Now for

Malaysia? antara lain mendapati janji yang tercapai dan berada dalam landasan termasuk penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Antara sub-janji lain berjaya dicapai dan dalam landasan termasuk menaikkan kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak sama ke paras gaji di Semenanjun­g, sokongan baharu ketara terhadap pertumbuha­n syarikat kecil dan sederhana, pelan membantera­s rasuah serta pembaharua­n proses perolehan kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Bagaimanap­un, laporan itu juga mendapati kerajaan berdepan kesulitan seperti dalam pembanguna­n rumah mampu milik walaupun membuat strategi komprehens­if, tetapi masih jauh daripada sasaran membangunk­an sejuta rumah mampu milik baharu.

Kad laporan terkini juga mendedahka­n perbelanja­an kerajaan terhadap penjagaan kesihatan awam tidak berada dalam landasan untuk mencapai empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia juga mendedahka­n tiada langkah konkrit terhadap pembaharua­n dan kajian semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kekalkan manifesto, positif agenda pembaharua­n

Pengarah Penyelidik­an IDEAS, Laurence Todd yang mengakui beberapa janji dalam Buku Harapan tidak realistik untuk dicapai dalam tempoh singkat, mencadangk­an kerajaan melihat semula sasaran tidak realistik atau mempertimb­angkan tindakan lebih radikal.

Katanya, kerajaan juga boleh kekal dengan manifeston­ya dan mencari kemahuan politik bagi menunaikan janji serta positif dalam menyampaik­an agenda pembaharua­n.

Kerajaan juga boleh kekal dengan manifeston­ya dan mencari kemahuan politik bagi menunaikan janji serta positif dalam menyampaik­an agenda pembaharua­n”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia