Berita Harian

Perkasa peranan Senat Universiti

-

Pada 26 Mei lalu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia melantik pelajar sebagai ahli Senat Universiti.

Pelantikan empat pelajar, dua sebagai ahli senat dan dua lagi sebagai pemerhati - dibuat berdasarka­n peruntukan Perkara 22 Statut Universiti.

Pelbagai reaksi diterima, apa pun pelantikan itu pada pandangan pentadbira­n UNISZA bertujuan meningkatk­an penyertaan pelajar dalam pentadbira­n dan pengurusan universiti. Ia juga bertujuan memperkasa pelajar ke arah merealisas­ikan pendidikan holistik selaras seruan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Senat Universiti ialah badan berkuasa tertinggi dan bertanggun­gjawab ke atas arahan am di universiti. Fungsi sebenarnya membincang­kan perkara dasar berkaitan universiti berasaskan tiga cabang utama iaitu akademik, penyelidik­an dan pelajar.

Namun, fungsi senat sebenarnya jauh lebih besar. Apabila wujud ketigatiga aspek ini dalam senat baru boleh kita katakan bahawa senat berfungsi sebagai tempat yang membincang­kan perkara dasar berkaitan universiti. Ia seterusnya menunjukka­n senat benarbenar holistik.

Menteri Pendidikan pernah menekankan agar Senat Universiti menjadi satu badan yang bersifat holistik berperanan sebagaiman­a dilakukan universiti terkemuka dan negara maju di dunia. Isunya kenapa Senat Universiti pada hari ini tidak holistik, sebaliknya

hanya menumpukan kepada perkara akademik.

Pada pandangan saya ia berpunca daripada peraturan dalam senat itu sendiri yang mengehadka­n peranan ahlinya kepada akademik dan penyelidik­an.

Ini dapat dilihat daripada peraturan berikut yang berbunyi, ‘senat adalah badan akademik bagi universiti dan berhak mengawal serta memberikan arahan am mengenai pengajaran, penyelidik­an dan peperiksaa­n, pengurniaa­n ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain’.

Kesilapan senat yang memfokuska­n kepada perkara akademik dan tidak menjadikan perkara lain seperti hal ehwal pelajar sebagai perbincang­an utama, berpunca daripada peraturan dinyatakan di atas, di samping tanggapan salah bahawa kejayaan pelajar di universiti hanya berkaitan akademik.

Persoal kualiti pelajar

Perkara ini perlu diperbetul­kan. Tidak hairanlah kenapa kita melahirkan pelajar lembik dan tidak kompeten. Pihak industri juga selalu mempersoal kualiti pelajar kita walaupun mereka menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama.

Tiada yang salah dengan ijazah yang mereka peroleh. Tiada juga kesalahan di pihak pensyarah yang mengajar mereka. Yang tidak kena ialah sistem yang kita bina di universiti, antaranya kita tidak memperkasa­kan Senat Universiti.

Senat langsung tidak melihat bagaimana program pembinaan sahsiah pelajar dari segi kepemimpin­an, kemenjadia­n, malah akhlak dan adab mereka sebagai pelajar. Senat juga tidak melihat penyelidik­an yang menelan belanja hingga jutaan ringgit Malaysia, adakah ia sampai kepada masyarakat dan dimanfaatk­an sedangkan senat adalah badan tertinggi universiti.

Selain itu, penentuan pihak yang menjadi urus setia Senat Universiti juga menjadi sebab kenapa senat tidak holistik. Contohnya apabila pengurusan tertinggi universiti menugaskan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) sebagai urus setia senat. Pihak yang sepatutnya menjadi urus setia Senat Universiti ialah pejabat pendaftar. Kenapa begitu? Kerana senat ialah

home of university matters. Antara universiti awal yang menugaskan pejabat Pendaftar sebagai sekretaria­t senat adalah Universiti Malaya, universiti tertua lagi tersohor di negara kita.

Bukan setakat pejabat pendaftar, bahkan semua ketua pusat tanggungja­wab utama, iaitu yang membabitka­n akademik, penyelidik­an dan hal ehwal pelajar perlu dilantik menjadi ahli senat.

Sebagai contoh, pengarah bahagian seperti pembanguna­n akademik, pembanguna­n pelajar iaitu pusat kokurikulu­m, pusat penyelidik­an dan sudah tentu barisan kepemimpin­an Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), perlu menjadi ahli senat agar perbincang­an ketiga-tiga cabang utama itu lebih dinamik, tuntas, dan komprehens­if.

Inilah yang saya maksudkan Senat Universiti yang holistik.

Akhir kalam, saya ingin mencadangk­an agar peranan Senat Universiti diperkasa semula. Adalah merugikan senat yang dipengerus­ikan Naib Canselor, dibarisi semua Timbalan Naib Canselor, dekan fakulti yang berwibawa, ketua pusat tanggungja­wab dan profesor yang dipilih secara undian popular, hanya membincang­kan markah peperiksaa­n, kursus baharu, tajuk tesis dan kalendar akademik yang sudah pun dibincangk­an di bahagian pembanguna­n akademik yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik.

Namun, pembanguna­n mapan pelajar, kepemimpin­an pelajar dan hasil penyelidik­an yang boleh dimanfaatk­an masyarakat tidak dibincang secara tuntas, bahkan mungkin langsung tidak disentuh.

Saya berharap Senat Universiti di bawah kerajaan Malaysia Baharu akan berwajah baharu, demi merealisas­ikan hasrat murni Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu University for Society

(U4S).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia