Berita Harian

Galak pekebun kecil usaha secara estet

-

Konsep pertanian estet yang disertai petani dan pekebun kecil perlu dipandang serius oleh semua pihak terbabit dalam usaha meningkatk­an hasil dan pendapatan penduduk luar bandar. Seperti disarankan Perdana Menteri, konsep itu seharusnya mencantumk­an semua tanah milik pekebun atau petani dan diurus secara profesiona­l, bukannya pemilik hanya mengusahak­an tanah milik sendiri seperti dilaksanak­an di FELDA ketika ini. Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui konsep FELDA itu tersilap kerana apa yang dimahukan kerajaan sekarang ialah buat estet besar dengan setiap peneroka miliki 10 ekar (4 hektar), kalau 10,000 ekar (4,000 hektar) maknanya ada 100 peneroka. Bayangkan, kita ada lebih 650,000 pekebun kecil sawit tetapi apabila harga sawit turun, peneroka tiada hasil dan sebab itu, apabila ada estet peneroka juga boleh mengusahak­an tanaman kontan untuk memastikan hasil berterusan walaupun harga komoditi jatuh. Satu lagi masalah ialah dari segi pemasaran, tetapi melalui konsep estet yang diuruskan secara profesiona­l, masalah ini boleh ditangani sebaik mungkin. Namun, pekebun sayur di Cameron Highlands, termasuk pekebun kecil sebelum ini tidak bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir, sebaliknya mahu kerajaan mewujudkan pusat pengumpula­n pertanian yang membuat pembelian pada harga tetap supaya petani menikmati pendapatan tetap. Apapun, konsep ladang secara besar-besaran lebih membawa manfaat dari segi pengurusan, pemasaran, kos lebih rendah dan yang penting, hasil pendapatan peserta (pemilik tanah) akan meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia