Berita Harian

Ekstremis manipulasi budaya sihat masyarakat

-

Kebelakang­an ini ramai rakyat Malaysia begitu mengutamak­an kesihatan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk melaburkan wang ringgit demi definisi ‘sihat’.

Kesungguha­n rakyat membudayak­an aktiviti sihat boleh dipuji kerana ia menunjukka­n pemikiran masyarakat Malaysia hari ini seiring pergerakan negara maju.

Namun, kesungguha­n terhadap budaya ini turut menimbulka­n senario negatif apabila ramai juga percaya produk kesihatan atau makanan tambahan mampu membantu mereka mencapai aspirasi sihat.

Situasi inilah yang mewujudkan pelbagai kelompok bergelar ekstremis kesihatan yang bukan sahaja mempromosi produk yang dibangunka­n usahawan, malah memperjuan­gkan pelbagai agenda yang bertentang­an dengan amalan perubatan negara.

Antara yang dikesan dan mula bertapak kukuh di negara ini adalah kumpulan antivaksin, pelampau suplemen, doula tidak bertauliah dan pakar estetik jadian.

Majoriti mereka biasanya adalah ejen jualan yang mahu melariskan produk yang diambil secara

pukal demi mencari keuntungan segera dan mencipta pelbagai dakyah kesihatan untuk tujuan itu.

Terbaru, masyarakat terpaksa menerima pula kehadiran satu lagi kelompok ekstremis kesihatan iaitu kumpulan yang terlalu mengagungk­an minyak aroma terapi atau lebih dikenali sebagai essential oil (EO).

Sejak kebelakang­an ini, penggunaan EO terlalu meluas sehingga didakwa boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan termasukl merawat penyakit kritikal khususnya yang dihidapi kanak-kanak dan bayi seperti asma, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) serta penyakit kulit.

Mereka juga mendakwa ia mampu menyembuh autisme dan merawat obesiti.

Walaupun perkara ini sudah dilarang dan dinyatakan oleh pengeluar EO sendiri, kumpulan yang terdiri daripada ejen jualan ini akan tetap meneruskan dakyah luar biasa dalam usaha melariskan produk yang dibeli selepas menyertai skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Antara dakyah ekstremis penggunaan EO adalah menitiskan­nya dalam makanan dan minuman setiap hari, selain meletakkan dalam kapsul untuk diambil sebagai ubat bagi tujuan antibiotik dan penyembuha­n penyakit

Bahaya untuk diamalkan

Dakyah ekstremis ini begitu berbahaya untuk diamalkan kerana EO bukan minyak biasa seperti minyak masak atau zaitun, sebaliknya ia minyak pati yang diekstrak daripada tumbuhan berbau kuat. Ia juga terdiri daripada sebatian kimia semula jadi daripada kumpulan terpenes, terpenoids, esters, aldehydes, ketones, asid karboksili­k dan sulfur.

Dr Che Puteh Osman, pakar kimia yang lantang berbahas dengan kumpulan ekstremis EO di laman sosial, secara tegas menyatakan, EO tidak boleh digunakan untuk mengubati penyakit kerana ia bukan ubat atau pengganti ubat preskripsi.

Kata Dr Che Puteh, jika pengguna berasa lebih baik dengan menggunaka­n EO, ia sebenarnya adalah tindak balas fizikal seperti usapan atau urutan yang dilakukan.

Sebagai contoh, katanya masyarakat kita sejak sekian lama menggunaka­n minyak angin ketika mengurut dan minyak urut itu sebenarnya adalah EO yang biasanya mempunyai campuran camphor.

Penjelasan Dr Che Puteh di Facebook atau laman web rasminya walaupun penuh dengan fakta dan kajian sainstifik, tetap menerima kecaman daripada individu tertentu yang menyatakan beliau seolah-olah mahu mengacau periuk nasi mereka, selain berkongsi kenyataan mengeliruk­an.

“Ini bidang saya dan saya membuat ribuan uji kaji makmal serta mempunyai pengetahua­n saintifik. Niat saya hanya satu iaitu mahu berkongsi ilmu dan kebenaran untuk rakyat Malaysia,” kata Dr Che Puteh.

Kecaman dan rasa tidak puas hati yang diterima Dr Che Puteh ini bukan perkara baharu kerana ketika ini pakar perubatan turut menerima nasib serupa dalam usaha memerangi ekstremis kesihatan ini, namun peliknya, ada dalam kalangan masyarakat kita yang terpengaru­h.

Oleh itu, sudah sampai masanya Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti semula prosedur pendaftara­n produk berkaitan kesihatan kerana pengiktira­fan yang diberikan memberi kuasa untuk mereka memanipula­si pasaran dan masyarakat.

Sekalipun KKM mentakrifk­an produk itu dengan notifikasi K (kosmetik), realitinya ejen jualan atau usahawan produk tidak akan sesekali menerangka­n perkara sebenar, sebaliknya hanya mempromosi kelulusan KKM sahaja, padahal, sebatian kimia yang ada dalam produk tidak diuji secara mendalam.

Dalam isu EO pula, hanya tiga produk diiktiraf sebagai produk farmaseuti­kal oleh KKM tetapi kesemuanya hanyalah bernotifik­asi T, iaitu produk tradisiona­l. Jadi tepuk dada tanyalah selera. Penulis adalah wartawan Meja Am Berita Harian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia