Berita Harian

Jaga anak, kesetiaan isu pasangan tinggal berjauhan

-

Kuala Lumpur: Penjagaan anak dan kesetiaan adalah isu utama, dibangkitk­an pasangan komuter, yang tampil mendapatka­n bimbingan serta nasihat kaunselor Lembaga Pembanguna­n Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN).

Ketua Unit Kaunseling dan Intervensi Bahagian Kesejahter­aan Keluarga LPPKN, Md Noh Saiman, berkata dua isu berkenaan sering menjadi beban yang membawa kepada tekanan perasaan dan kemurungan yang menyelubun­gi kehidupan pasangan yang tinggal berjauhan.

“Bagi pasangan yang duduk berjauhan, soal penjagaan anak biasanya digalas isteri dan peranan itu menjadi berganda kerana ditanggung atau dikendalik­an seorang diri.

“Dalam usaha mengurangk­an tekanan ini, pasangan keluarga komuter ini dinasihati supaya bijak menguruska­n masa secara kreatif bagi memudahkan urusan rumah tangga.

Manfaatkan penggunaan gajet

“Mereka juga boleh mengoptimu­mkan, selain memanfaatk­an penggunaan gajet dan media sosial untuk merapatkan hubungan jarak jauh ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang pengalaman­nya mengendali­kan kaunseling membabitka­n pasangan keluarga komuter, antaranya isu yang dibangkitk­an ialah tindakan seorang daripada mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunaka­n situasi berada jauh daripada pasangan untuk berlaku curang.

“Ada juga kes yang pernah saya terima di mana isteri mempunyai skandal dengan lelaki lain kesan daripada hidup berjauhan dengan pasangan. Ada juga suami terasa diabaikan isteri disebabkan gangguan orang ketiga,” katanya.

Md Noh berkata, pasangan keluarga komuter yang berdepan dengan masalah dan memerlukan khidmat nasihat, boleh merujuk kepada semua cawangan LPPKN di seluruh negara untuk mendapatka­n khidmat kaunseling.

Dalam usaha mengurangk­an tekanan ini, pasangan keluarga komuter ini dinasihati supaya bijak menguruska­n masa secara kreatif bagi memudahkan urusan rumah tangga”

 ??  ?? Md Noh Saiman,
Ketua Unit Kaunseling dan Intervensi Bahagian Kesejahter­aan Keluarga LPPKN
Md Noh Saiman, Ketua Unit Kaunseling dan Intervensi Bahagian Kesejahter­aan Keluarga LPPKN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia