Berita Harian

TH tambah baik infrastruk­tur, IT lancar operasi haji

-

Melaka: Bahagian Teknologi Maklumat Tabung Haji (TH) akan melaksanak­an beberapa penambahba­ikan infrastruk­tur dan kemudahan teknologi maklumat (IT) dalam usaha memastikan kelancaran operasi haji tahun ini.

Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumatny­a, Za’aba Arpan, berkata antara usaha itu ialah menaik taraf talian di Hospital TH di Makkah dengan menggunaka­n gentian optik; menaik taraf Sistem Maklumat Kesihatan (SIHAT) berpanduka­n maklum balas operasi tahun lalu dan membangunk­an Sistem Kamar bagi membolehka­n penyediaan bilik jemaah haji dibuat dan dipantau lebih sistematik.

Uji aplikasi utama

Katanya, bahagian itu turut menguji beberapa aplikasi sistem utama iaitu Sistem Haji dan Deposit; SIHAT membabitka­n pasukan perubatan; Sistem Bersepadu yang akan menyediaka­n statistik jemaah haji bagi keperluan operasi dan Sistem Hajj Mobility bagi memastikan pergerakan jemaah haji direkodkan.

“Kami juga kini sedang giat membuat penyelengg­araan lebih 800 peralatan komputer dan memastikan semua infra talian internet serta talian utama berfungsi dan selamat digunakan bagi tiga sektor utama operasi haji iaitu di Makkah, Madinah serta Jeddah.

“Seramai 10 daripada 17 petugas tiba pada 23 Jun lalu dan pasukan IT TH kini dalam fasa terakhir persiapan sebelum ketibaan 30,200 jemaah haji Malaysia secara berperingk­at bermula 4 Julai ini,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Za’aba berkata, bahagian itu membuat persiapan operasi haji sejak awal tahun ini dan beliau yakin semua persiapan IT akan siap sepenuhnya sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia