Berita Harian

Pelajar alami simptom keresahan

Mangsa dirujuk pakar psikiatri cari punca

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Enam kanak-kanak dan remaja yang dirawat kerana sesak nafas di Pasir Gudang, Johor dikesan mengalami simptom keresahan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata mereka antara 10 kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang dirawat di Hospital Sultan

Ismail, Johor Bahru dari lapan sekolah berbeza.

Beliau berkata, simptom keresahan itu didapati susulan saringan mental dijalankan dengan menggunaka­n soalan Depression Anxiety Stress Scales (DASS) terhadap semua 10 pesakit terbabit.

“Didapati tiga daripada mereka pelajar yang terbabit dalam insiden Sungai Kim Kim (beberapa bulan lalu) dan dalam enam individu itu, seorang mempunyai komorbid, iaitu bronchial asthma.

Rawatan susulan

“Semua enam pelajar ini akan diberikan rawatan susulan dan dirujuk kepada pakar psikiatri kanak-kanak bagi mengetahui punca sebenar gejala terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, berdasarka­n sejarah pendedahan, manifestas­i gejala serta penilaian psikososia­l dan taburan sekolah yang terbabit tiada kejadian mass psychogeni­c hysteria yang dilaporkan.

“Sebagai tindakan pencegahan awal, aktiviti intervensi psikologi bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan kaunselor di lima sekolah akan dilaksanak­an pada Ahad ini (esok),” katanya.

Beliau berkata, keseluruha­nnya 235 individu terdiri enam anggota kesihatan dan 229 orang awam menerima khidmat bantuan awal psikososia­l (PFA).

Katanya, 222 orang menjalani sesi PFA individu dan 13 lagi menjalani sesi PFA kelompok.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor masih melakukan pemantauan di lapangan berikutan kejadian berkenaan.

“Orang ramai dinasihatk­an agar mendapatka­n rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala kesesakan nafas, loya, muntah, pening, sakit kepala, kekejangan Menteri Kesihatan otot dan lemah badan.

“Klinik Kesihatan Pasir Gudang dibuka bagi menerima dan merawat mangsa lain yang mungkin terkesan susulan kejadian ini,” katanya.

Tiada mangsa ke ICU

Dr Dzulkefly berkata, kementeria­nnya merekodkan 748 kes terkumpul kejadian sesak nafas di Pasir Gudang setakat ini, iaitu 709 orang menerima rawatan pesakit luar dan 39 dimasukkan ke wad.

“Empat kes baharu dilaporkan dan semuanya dirawat di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

“Tiada kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.

“Buat masa ini, keputusan sampel klinikal pesakit bagi ujian kimia seperti dan adalah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia