Berita Harian

Melawati permata ‘hijau’ Lembah Klang

Infrastruk­tur lengkap, faktor alam semula jadi beri nilai eksklusif

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Memiliki kediaman idaman dengan tatarias konsep diingini antara senarai aset mesti dimiliki sehingga ada yang sanggup membuat pelaburan besar.

Namun, faktor lain yang mendorong pemilihan hartanah sudah tentu membabitka­n lokasi, keaslian dan keindahan alam semula jadi yang memukau pandangan pembeli.

Melawati antara permata di Lembah Klang, bukan sahaja terletak berhampira­n ibu kota Kuala Lumpur, malah memiliki keindahan alam semula jadi yang belum diteroka sepenuhnya dan terhindar daripada kesibukan kota.

Sudah pasti antara lokasi hijau yang masih wujud di Lembah Klang ini menjadi pilihan ramai kerana begitu hampir dengan Permatang Kuartza Genting Klang (KGQR), antara kawasan yang dicadang diwartakan sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Infrastruk­tur lengkap

Melawati juga dilengkapi pelbagai kemudahan dan menawarkan suasana kejiranan yang kondusif kepada penghuni daripada institusi pendidikan kepada sektor perbankan serta pusat riadah dan belibelah dengan kebanyakan­nya terletak dalam radius dua kilometer.

Selain sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan yang terdapat di Melawati seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Sekolah Antarabang­sa Fairview dalam radius enam dan tujuh kilometer.

Malah, terdapat juga pusat belibelah seperti Melawati Mall, Giant Ulu Klang dan Wangsa Walk serta kemudahan kesihatan, iaitu Columbia Asia Hospital, dengan semuanya terletak dalam lingkungan kira-kira lapan kilometer.

Pengasas Ho Chin Soon Research Sdn Bhd, Ho Chin Soon, berkata Melawati melalui banyak perubahan yang menakjubka­n seiring peredaran zaman.

“Saya sendiri tinggal di Wangsa Maju dan secara peribadi menyaksika­n bagaimana Koridor Melawati-kemensah berubah sejak lebih 20 tahun lalu dari jendela kediaman saya.

“Suasana dan lokasi Melawati yang berhampira­n dengan Permatang Kuartza Genting Klang selain terletak di selatan Empangan Klang Gates sudah pasti diiktiraf sebagai TIER 1 dalam kajian Locational Centre of Gravity of Greater

katanya.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Chester Properties Sdn Bhd, Datuk Howard Chew pula berkata, Melawati kaya dengan sejarah dan rahsia alam semula jadi Kuala Lumpur.

“Melawati ialah pusat bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan, kesinambun­gan jajaran perhubunga­n dan persekitar­an yang tenang. Ia juga amat strategik dengan dihubungka­n beberapa lebuh raya utama seperti Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH).

Jadi pilihan ramai

“Melawati menjadi pilihan ramai yang mengingink­an ketenangan, kejiranan yang selesa dan kemudahan yang pelbagai selain memberi tambah nilai kepada pelabur dan pemilik hartanah,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n terbaru yang dibangunka­n di Melawati seperti projek kondominiu­m mewah, Upperville@16quartz Melawati oleh pemaju hartanah terkenal, Kumpulan Mitraland, berupaya memberi tambah nilai kepada kawasan berkenaan.

Nilai eksklusif

“Projek kondominiu­m dengan hanya 176 unit kediaman bersaiz dari 1,050 hingga 1,177 kaki persegi, sudah tentu memberi nilai eksklusif dalam usaha memulihara kawasan berkenaan dan lebih menarik ialah pada harganya yang bermula daripada RM559,000 bagi unit 3+2 sekali gus menjadikan projek ini amat berpatutan dalam segala aspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Firdaus & Associates, Firdaus Musa, berkata Upperville@16 Quartz Melawati adalah penambahan terbaru kepada kawasan kejiranan mewah dan gaya hidup moden di Melawati.

“Berlatar belakangka­n Permatang Kuartza Genting Klang sudah pasti memberi pemandanga­n yang mengagumka­n serta udara yang segar kepada penduduk selain berhampira­n dengan projek pembanguna­n yang memenangi pelbagai anugerah seperti 16 Quartz, Sunway Rydgeway dan 20Trees.

“Dari sudut harga berdasarka­n ukuran unit lebih daripada 1,000 kaki persegi, kemudahan dan keunikan di sekeliling­nya, Upperville mempunyai banyak potensi dan memberi pulangan modal pada masa akan datang, kerana apa yang ditawarkan­nya sangat menarik,” katanya.

Upperville@16 Quartz Melawati bertemakan Live Green, Live Luxuriousl­y adalah projek kondominiu­m yang dilancarka­n pada 29 Jun 2019 oleh Mitraland Developmen­t Sdn Bhd dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM130 juta dan dijangka siap pada suku ketiga 2023. Untuk maklumat lanjut sila layari 16quartz.com.my/upperville atau hubungi talian 02-41628688.

Melawati melalui banyak perubahan yang menakjubka­n seiring peredaran zaman”

Ho Chin Soon, Pengasas Ho Chin Soon Research Sdn Bhd

 ??  ?? Lokasi hijau di sekitar Melawati menjadi pilihan kejiranan berasaskan moden dan alam semula jadi yang memberi nilai eksklusif kepada penghuniny­a.
KL,”
Lokasi hijau di sekitar Melawati menjadi pilihan kejiranan berasaskan moden dan alam semula jadi yang memberi nilai eksklusif kepada penghuniny­a. KL,”
 ??  ?? dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada penghuni melakukan aktiviti
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada penghuni melakukan aktiviti
 ??  ??
 ??  ?? Upperville@16quartz Melawati dikeliling­i pemandanga­n hijau sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Upperville@16quartz Melawati dikeliling­i pemandanga­n hijau sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia