Berita Harian

Penduduk tertekan ‘dikurung’ dalam zon merah

-

Gua Musang: Penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, di sini, mahu mereka dibenarkan bergerak bebas termasuk mencari hasil hutan dan bukan terus ‘berkurung’ dalam zon merah.

Penghulu kampung itu, Mohamad Pokok, 40, berkata kebanyakan penduduk Orang Asli di kampung itu rasa tertekan apabila hidup mereka dikawal dan dilarang bergerak bebas.

Katanya, kebiasaan mereka kerap berpindah ke dalam hutan juga dihalang, walaupun keadaan di kampung itu sudah selamat daripada dijangkiti wabak demam campak.

Terima suntikan vaksin

“Secara keseluruha­n penduduk daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa juga sudah mendapat rawatan saringan.

“Malah, mereka juga sudah bersedia menerima suntikan vaksin bagi mengelak mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam campak,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Tragedi jangkitan demam campak mengakibat­kan 15 kematian kaum itu sejak penularan kuman penyakit terbabit sejak awal Mei lalu.

Selain itu, seramai 112 Orang Asli kampung itu juga menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan Hospital Kuala Krai (HKK).

Sementara itu, penduduk Orang Asli, Lan Hamdan, 23, berkata penduduk di situ tidak mengetahui tempoh mereka perlu berkurung di rumah tanpa dibenarkan bergerak bebas.

Katanya, kebiasaan dia bersama rakan lain masuk ke hutan mencari rezeki termasuk menangkap ikan sungai dan memburu binatang kini tidak dapat dilakukan kerana arahan berkurung yang dikeluarka­n sejak wabak itu mengorbank­an 15 penduduk di situ.

“Selepas tragedi jangkiti kuman itu berlaku, kami dilarang ke mana saja dan asyik berkurung di sekitar kampung. Ia menyebabka­n kehidupan harian yang kami lalui kini terjejas,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Pokok
Mohamad Pokok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia