Berita Harian

Petani labu manis raih RM30,000 semusim

Peserta Ladang Kontrak FAMA gilir dengan tanaman tembikai

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Sebuah keluarga di sini, membuktika­n perumpamaa­n berbudi pada tanah pasti ada hasilnya apabila mampu memperoleh keuntungan bersih RM30,000 semusim hasil menanam labu manis.

Mohd Ariff Ab Razak, 33, dari Kampung Beris To Ku, dekat sini yang juga peserta ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), berkata keuntungan itu diperoleh hasil menjual labu manis pada setiap musim iaitu kiraan 75 hari bagi setiap musim.

Beliau yang juga penjawat awam dan bertugas di agensi keselamata­n di Jertih, Besut, berkata sebelum mengusahak­an tanaman labu manis sejak tiga tahun lalu, beliau sekadar membantu ibu mentuanya, Hasnah Ngah, 58, mengusahak­an tanaman tembikai pada waktu terluang.

Bagaimanap­un, Mohd Ariff mula memberi perhatian untuk menceburi bidang pertanian selepas ibu mentuanya kerap menjadi mangsa penipuan orang tengah ketika proses jual beli tembikai. Mohd Ariff berkata, tanah dibiarkan kosong selepas tembikai dituai juga mendorongn­ya untuk mengusahak­an tanaman labu manis, walaupun dibantah ibu mentuanya dengan alasan buah itu sukar untuk dipasarkan.

“Selepas berbincang dan mendapat pandangan termasuk khidmat nasihat pegawai FAMA terutama mengenai pasaran, kami memberanik­an diri mengusahak­an tanaman labu secara bergilir dengan tanaman tembikai.

“Alhamdulil­lah, hasil pengeluara­n labu manis di atas tanah seluas kira-kira 1.6 hektar adalah sebanyak 20 tan semusim,” katanya ketika ditemui di ladangnya, di sini.

Banyak masa terluang

Mohd Ariff berkata, jadual kerjanya yang mengikut syif menyebabka­n dia banyak masa terluang untuk ke ladang dan sering dibantu isteri, Nor Farhana Mamat, 33, selain ibu mentua.

“Proses tanaman labu sangat mudah serta tidak memerlukan air yang banyak seperti penanaman tembikai dan risiko diserang haiwan perosak juga sangat kurang. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi.

“Dalam semusim, hanya tiga atau empat kali disiram air dan baja digunakan ialah baja asas seperti tahi ayam, baja pokok serta baja dibekalkan Jabatan Pertanian negeri,” katanya.

Mohd Ariff berkata, bagi mendapatka­n hasil yang baik, pokok hendaklah ditanam antara jarak dua meter dan setiap pokok boleh mengeluark­an antara enam hingga tujuh biji labu.

“Harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan. Biasanya harga labu dibeli oleh FAMA antara RM1.50 satu kilogram (kg) dan boleh mencecah sehingga RM3.50 terutama pada Oktober hingga Disember,” katanya.

Sementara itu, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed berkata, pihaknya memerlukan 3,600 tan labu manis setahun untuk memenuhi permintaan terutama penduduk di negeri pantai barat.

Katanya, FAMA hanya mampu membekalka­n antara 90 hingga 1,200 tan labu manis setahun, termasuk 350 tan dibekalkan oleh 70 usahawan ladang kontrak terutama pengusaha dari Terengganu.

Proses tanaman labu sangat mudah serta tidak memerlukan air yang banyak seperti penanaman tembikai dan risiko diserang haiwan perosak juga sangat kurang. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi” Mohd Ariff Ab Razak, Peserta Ladang Kontrak FAMA

 ?? [FOTO BAHAROM BAKAR/BH] ?? Timbalan Pengarah FAMA negeri, Sahrizan Md Sarip (kiri) dan Penyelaras Ladang Kontrak, Hazimin Sulong (kanan) dan Mohd Ariff melakukan proses pengasinga­n labu manis sebelum dijual, di Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO BAHAROM BAKAR/BH] Timbalan Pengarah FAMA negeri, Sahrizan Md Sarip (kiri) dan Penyelaras Ladang Kontrak, Hazimin Sulong (kanan) dan Mohd Ariff melakukan proses pengasinga­n labu manis sebelum dijual, di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia