Berita Harian

Berhenti jadi tukang masak tanam cendawan

-

Pekan: Keputusan meninggalk­an kerjaya tukang masak profesiona­l untuk mengusahak­an tanamam cendawan tiram kelabu ternyata berhasil buat Shafawira Ramlee selepas dia kini mampu menuai hasil antara 40 hingga 100 kilogram (kg) setiap hari.

Permintaan tinggi terhadap tumbuhan itu menambahka­n lagi semangatny­a untuk terus berusaha meningkatk­an pengeluara­n bagi memenuhi pasaran di daerah Kuantan dan Rompin.

Shafawira berkata, dia kini mempunyai lebih 100,000 beg cendawan ditempatka­n dalam 12 rumah simpanan pelbagai saiz di kawasan Pejabat Pertanian Daerah Permatang Pauh dan Pusat Pertanian Tanah Putih, di sini.

Katanya, sokongan Pejabat Pertanian Pekan menambahka­n lagi semangatny­a meneruskan projek itu yang diusahakan arwah bapanya, Ramlee Awang sejak 20 tahun lalu.

Pengeluara­n bertambah

“Pengeluara­n hasil cendawan banyak bergantung kepada keadaan cuaca dan pengeluara­n akan bertambah antara tiga hingga lima kali ganda pada musim hujan kerana kelembapan tinggi.

“Ketika musim panas pula, aktiviti menyiram perlu dilakukan dua kali sehari bagi mengelakka­n benih dalam beg mati jika suhu dalam rumah simpanan panas,” katanya, di sini.

Beliau yang sebelum ini bertugas dengan Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) berkata, permintaan terhadap cendawan tiram kelabu sangat menggalakk­an, selain turut menjadi pilihan peniaga dan pelanggan di pasar tani serta pekan sehari.

“Setiap kilogram cendawan dijual pada harga RM12 dan saya mengutip hasil dua kali sehari dibantu lima pekerja.

“Selain menjual cendawan segar, saya juga turut membekalka­n bongkah cendawan dengan harga RM2 seunit dan bongkah ini dibuat menggunaka­n campuran habuk kayu getah, dedak kulit gandum, kapur dan air yang mampu bertahan serta mengeluark­an hasil selama empat bulan.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Shafawira memetik cendawan tiram kelabu yang matang.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Shafawira memetik cendawan tiram kelabu yang matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia