Berita Harian

Kelantan tarik balik tuntutan royalti minyak

Pertikaian antara kerajaan negeri, Persekutua­n difail 9 tahun lalu dianggap selesai

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitka­n kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutua­n, selesai semalam.

Ia berikutan kerajaan negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lalu melalui notis pemberhent­ian yang difailkan di Mahkamah Tinggi, semalam.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, membatalka­n saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Dalam prosiding di kamar hakim itu, kerajaan negeri diwakili peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez, manakala Peguam Kanan Persekutua­n Natra Idris bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutua­n.

Yang turut hadir, peguam Syukran Shafiq mewakili PETRONAS yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan tunggal dalam kes saman berkenaan.

Bagaimanap­un, Kerajaan Persekutua­n kemudian berjaya dalam permohonan untuk menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua.

Tarik balik saman

Selepas sembilan tahun kes berlarutan, kerajaan negeri pada 13 Mei lalu menarik balik saman berkenaan yang difailkan terhadap syarikat minyak dan gas nasional itu.

Melalui writ saman difailkan pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Kelantan menuntut PETRONAS membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarka­n di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

Dalam penyataan tuntutan, kerajaan negeri itu juga menuntut bayaran ganti rugi dengan kos, namun tidak menyatakan jumlah spesifik tuntutan terhadap PETRONAS.

Kerajaan negeri itu berkata, Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei 1975 jelas tertera PETRONAS harus membayar secara tunai lima peratus daripada hasil minyak, sama ada daripada usaha cari gali di kawasan pantai atau di pesisir pantai.

Yakin ketetapan PM

Katanya, satu klausa perjanjian itu menjelaska­n bayaran harus dibuat dua kali setahun, pada/atau sebelum 1 Mac dan pada/atau sebelum 1 September.

Pada Oktober tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dilaporkan berkata pihaknya menarik balik saman itu kerana yakin terhadap ketetapan dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mengagihka­n royalti kepada kerajaan negeri.

 ??  ?? Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 30 September 2018.
Keratan akhbar BH pada 30 September 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia