Berita Harian

Sindiket rokok seludup RM1.08J tumpas

Unit risikan AKSEM rampas 6,720 karton dalam dua van

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin dan Amran Yahya

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) menumpaska­n sindiket rokok seludup membabitka­n 6,720 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM1.08 juta dalam operasi khas, Op Tembakau.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) AKSEM, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata daripada jumlah itu, anggaran nilai rokok tidak termasuk cukai berjumlah RM411,600, manakala jumlah cukai berjaya diselamatk­an ialah RM670,414.

Katanya, rokok seludup berkenaan ditemui dalam dua van yang diekori unit risikan agensi berkenaan kira-kira jam 6 pagi semalam.

“Sebaik tiba di sebuah ladang sawit berhampira­n Kampung Dioh Besar, Kuala Pilah, van terbabit berhenti selepas menyedari pergerakan mereka diekori sebelum pemandu bersama pembantuny­a melarikan diri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n pada kenderaan itu pihaknya menemui nombor pendaftara­n palsu dipercayai bertujuan me

ngaburi pihak berkuasa.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan rokok seludup itu untuk pasaran di Pantai Timur. Kita turut menyita kedua-dua van bernilai RM220,000, menjadikan nilai keseluruha­n rampasan mencecah RM1.3 juta.

Cubaan seludup 400,000 batang rokok putih gagal Pasir Puteh,

Di Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalk­an cubaan menyeludup 400,000 batang rokok putih bernilai RM318,640 dalam serbuan pada jam 4.30 pagi kelmarin di Pantai Geting, Tumpat, di sini.

Pemangku Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Ismail Hamzah, berkata bot peronda agensi itu yang sedang menjalanka­n rondaan rutin menerima maklumat risikan mengenai kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigak­an sedang menuju ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian iaitu kira-kira 0.1 batu nautika dari pesisir Pantai Genting, bot berkenaan melarikan diri. Hasil pemeriksaa­n di kawasan daratan di lokasi kejadian, anggota bertugas menemui sebuah lori putih tanpa pemandu.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui 400,000 batang rokok putih disyaki diseludup masuk ke negeri ini.” katanya.

Katanya, lori bersama rokok seludup berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

“Kita tidak menolak kemungkina­n rokok berkenaan diseludup dari negara jiran, khusus bagi pasaran di bahagian selatan Semenanjun­g, selain Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti rangkaian pengedar mereka,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 8,125 karton rokok putih seludup bernilai RM490,000 dirampas dalam serbuan ke atas sebuah lori tiga tan yang ditinggalk­an di Pekan Grisek, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superinten­dan Mohd Idris Samsuri, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari selepas hampir lima jam melakukan pemantauan di kawasan sekitar lori berkenaan berhampira­n Kuarters Klinik Kesihatan Grisek.

“Hasil pemeriksaa­n menemui 79 kotak rokok jenama ‘John White’ dan 116 kotak rokok jenama ‘John JGI’ yang setiap satunya berisi 500 kotak kecil. Dipercayai rokok itu untuk pasaran tempatan dan kita sedang menyiasat laluan mana digunakan untuk menyeludup­nya masuk ke sini,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati lori itu didaftarka­n atas sebuah syarikat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan usaha mengesan suspek serta pemilik sebenar lori masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Seksyen 135 (1) (d),” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati bekalan rokok seludup itu untuk pasaran di Pantai Timur” Mohd Ridzzuan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) AKSEM

 ?? [FOTO AMRAN YAHYA/BH] ?? Mohd Ridzzuan (tengah) menunjukka­n rokok seludup yang dirampas dalam Op Tembakau pada sidang media di Kuala Pilah, semalam.
[FOTO AMRAN YAHYA/BH] Mohd Ridzzuan (tengah) menunjukka­n rokok seludup yang dirampas dalam Op Tembakau pada sidang media di Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia