Berita Harian

DIDI RESOURCES

Lancar Moto Guzzi V85TT

- Oleh Alzahrin Alias

Didi Resources Sdn Bhd (Didi Resources), pengimport dan pengedar rasmi baharu motosikal jenama Moto Guzzi di Malaysia melancarka­n model Classic Enduro pertamanya, V85TT.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, berkata model terbaru itu bakal mengimbang­i gaya klasik dengan teknologi terkini.

Beliau berkata, seiring dengan falsafah Moto Guzzi, V85TT mencermink­an kesederhan­aan, kepraktisa­n dan teknologi antara jentera dan penunggang.

“Di Malaysia kita mempunyai rangkaian hubungan yang luas dan V85TT sesuai dengan rasa dan permintaan penunggang yang ingin perjalanan jarak jauh.

“Kami percaya dengan penam

pilan klasik yang baru ini akan menjadi pilihan penunggang setiap lapisan usia,” katanya selepas melancarka­n model terbarunya itu di Kuala Lumpur, semalam.

Enjin berkembar OHV

Moto Guzzi V85TT bakal dijual pada harga RM87,888 bagi varian V85TT manakala RM89,888 bagi varian V85 TT with Evocative Graphics.

V85TT turut memperkena­lkan enjin baharu dengan enjin berkembar OHV dan dua injap silinder dengan pendingin udara, suntikan bahan bakar dengan kapasiti 853 cc.

Ia mampu menyampaik­an kuasa maksimum 80 HP, serta nilai tork maksimum yang mengagumka­n dari 80 Nm pada 5,000 rpm, dengan 90 peratus tork sedia ada pada 3,750 rpm, selaras dengan tradisi kembar Mandello, yang sentiasa menawarkan pemanduan yang sangat baik walaupun pada tahap yang sangat rendah.

Ini adalah enjin blok kecil Moto Guzzi pertama yang boleh mencapai 8000 rpm dengan mudah, satu aspek yang mempamerka­n sifatnya yang moden.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ] ?? Moto Guzzi V85TT
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH ] Moto Guzzi V85TT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia