Berita Harian

Kajian semakan HSR siap akhir tahun

MYHSR Corp pilih Minconsult, Ernst & Young

- Oleh Nurhayati Abllah

Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif MYHSR Corp

Kajian semakan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (KL-SG HSR) dijangka siap akhir tahun, demikian menurut kenyataan MYHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MYHSR Corp).

Ia berkata, MYHSR sudah melengkapk­an kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal (TAC) dan perunding penasihat komersial (CAC) untuk melaksanak­an langkah semakan semula projek berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata pelantikan TAC dan CAC adalah langkah penting dalam usaha untuk membangunk­an KL-SG HSR.

“Penyelesai­annya akan menjadi satu usaha menyeluruh, dan ia akan menghormat­i keperluan Kerajaan Singapura, jangkaan pasaran terhadap kelestaria­n

projek dan keupayaan dibiayai.

“Selain itu, ia juga tidak akan berkomprom­i mengenai aspek keupayaan perkhidmat­an, tempoh perjalanan dan keselamata­n,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pemilihan TAC, CAC

Kedua-dua kajian semakan TAC dan CAC terbuka kepada semua syarikat berkelayak­an yang memiliki kepakaran dan pengalaman.

Sepanjang tempoh tiga bulan antara April hingga Jun 2019, MYHSR Corp menerima beberapa cadangan daripada syarikat yang terdiri firma tempatan dan antarabang­sa.

Selepas penilaian dan penyempurn­aan proses tender dibuat, MYHSR Corp sudah melantik Minconsult Sdn Bhd dan Ernst & Young (EY) masingmasi­ng sebagai TAC dan CAC.

Minconsult adalah firma pelbagai disiplin kejurutera­an dan pengurusan projek tempatan yang memiliki pengalaman bagi projek kereta api, manakala EY adalah firma penasihat dan perunding kewangan global yang mempunyai pengalaman luas bekerjasam­a dengan organisasi swasta dan awam.

MYHSR Corp menerusi TAC dan CAC akan meneruskan penelitian semula cadangan perubahan bagi projek KL-SG HSR, seterusnya mengenal pasti pilihan penguranga­n kos untuk Kerajaan Malaysia.

TAC akan memfokuska­n kepada aspek kejurutera­an dengan mengkaji semula dan menetapkan cadangan perubahan reka bentuk infrastruk­tur di Malaysia seperti penjajaran, stesen dan kemudahan penyelengg­araan tren.

Fokus aspek komersial

Sementara, CAC akan memfokuska­n kepada aspek komersial seperti membangunk­an model perniagaan baharu, mengenal pasti pilihan pembiayaan dan kewangan serta mengemaski­ni manfaat ekonomi terhadap Malaysia.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju untuk menggantun­g pembinaan projek KL-SG HSR pada 5 September 2018 sehingga 31 Mei 2020 untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan daya maju projek itu.

Susulan itu, Malaysia menyemak semula projek itu dengan MYHSR Corp untuk membolehka­nnya mengenal pasti opsyen untuk mengurangk­an kos seperti menyemak semula dan mengoptimu­mkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

Penyelesai­annya akan menjadi satu usaha menyeluruh, dan ia akan menghormat­i keperluan Kerajaan Singapura, jangkaan pasaran terhadap kelestaria­n projek dan keupayaan dibiayai”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia