Berita Harian

Mudah tunai sistem perbankan cukup: BNM

-

Bank-bank di Malaysia sudah mengekalka­n mudah tunai yang mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantara­an dan memenuhi keperluan mendesak, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam Laporan Sorotan Bulanan Mei 2019 yang dikeluarka­n semalam, bank pusat itu berkata, nisbah perlindung­an mudah tunai (LCR) sistem perbankan berada pada 155.2 peratus pada Mei lalu berbanding April berikutan penempatan yang lebih rendah di BNM.

“Profil pendanaan bank juga kekal stabil. Nisbah pinjaman kepada dana serta nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti masingmasi­ng berada pada 82.2 peratus dan 71.8 peratus,” kata laporan itu.

Menurut bank pusat itu, pembiayaan bersih, iaitu merujuk kepada pinjaman terkumpul sistem perbankan (kecuali institusi kewangan pembanguna­n atau IKP) dan bon korporat terkumpul meningkat 6.3 peratus pada Mei berbanding 5.1 peratus pada April, didorong, terutama oleh pertumbuha­n bon korporat terkumpul yang lebih tinggi.

“Terbitan bon yang lebih tinggi pada Mei adalah dalam sektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmat­an perniagaan,” kata bank pusat itu.

Jumlah pinjaman kekal stabil

Jumlah pinjaman yang dikeluarka­n oleh sistem perbankan juga terus stabil pada RM101.5 bilion pada Mei berbanding RM101.6 bilion dalam bulan sebelumnya dan ternyata lebih tinggi berbanding dengan purata bulanan yang pernah dicatatkan sebanyak RM93.0 bilion.

“Pinjaman perniagaan terkumpul dan pinjaman isi rumah masing-masing berkembang pada 3.4 peratus dan 5.3 peratus pada Mei daripada masing-masing 3.2 peratus dan 5.2 peratus pada April,” kata BNM.

Selain itu, menurut BNM, pasaran kewangan domestik mencatatka­n aliran keluar portfolio bukan pemastauti­n, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati dalam keadaan ketegangan perdaganga­n global yang semakin meruncing.

“Kesannya, ringgit menyusut nilai 1.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau yang menyusut -0.5 peratus hingga -2.2 peratus manakala kadar hasil MGS 10 tahun meningkat sebanyak 0.4 mata asas,” katanya.

Bagaimanap­un, FBM KLCI meningkat 0.5 peratus didorong oleh prestasi perolehan korporat yang kukuh dalam pelbagai sektor.

“Sentimen pelabur juga disokong oleh prospek pasaran ekuiti Malaysia yang bertambah baik,” kata BNM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia