Berita Harian

MYCC kaji semula pasaran sektor runcit, borong

-

Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) akan memulakan Kajian Semula Pasaran bagi sektor peruncitan dan borong untuk memahami lebih mendalam sektor terbabit, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kajian pasaran untuk dua sektor itu dijalankan selepas laporan kajian pasaran bagi sektor makanan yang dijangka dikeluarka­n pada 31 Julai ini.

“Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah kementeria­n yang mengawal selia industri borong dan peruncitan.

“Proses untuk melakukan kajian semula ini adalah proses berterusan, cuma saya minta MYCC untuk fokus kepada lima barangan (dahulu). Ini adalah tambahan kepada analisis rantaian bekalan yang dibuat pihak kementeria­n,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Minggu Persaingan EU-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi MYCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail.

Peringkat akhir laporan

Kajian semula pasaran bagi sektor makanan membabitka­n lima barang terpilih iaitu kubis, sawi, daging lembu, ikan kembung dan susu tepung bayi sudah dijalankan sejak November 2018.

Saifuddin berkata, kajian semula pasaran bagi sektor makanan adalah untuk memberi gambaran jelas dan analisis mengenai sektor makanan kepada kerajaan sebelum satu dasar digubal.

“Mereka (MYCC) sudah melakukan libat urus dan konsultasi secara meluas dengan orang awam dan MYCC pada masa ini berada pada peringkat akhir untuk menyediaka­n laporan akhir dan kita jangka (akan dikeluarka­n) pada 31 Julai ini,” katanya.

Saifuddin berkata, kementeria­n akan terus memantau harga pasaran selepas cukai gula ke atas minuman bergula dilaksanak­an bermula 1 Julai ini.

“Minuman berkarbona­t tidak termasuk dalam barangan kawalan dan tertakluk kepada peratusan kenaan cukai dan juga penawaran dan permintaan.

“Kementeria­n akan memantau jika ada aduan yang berbangkit. Sudah tentu undangunda­ng sedia ada akan diguna pakai,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia