Berita Harian

SC rancang perluas akses pembiayaan mikro

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) menyasarka­n memperluas­kan akses pembiayaan kepada syarikat mikro, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia menyumbang sebanyak 37.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017, dengan lebih 900,000 PKS ditubuhkan setakat 2017.

Timbalan Ketua Eksekutif SC, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, berkata keutamaan pihaknya adalah untuk memperluas akses kepada peluang pelaburan atau pembiayaan, terutama untuk segmen pasaran yang kebiasaann­ya kurang mendapat perkhidmat­an kewangan dan menggalakk­an lebih banyak penyertaan dengan matlamat membina pasaran modal yang inklusif.

“Walaupun kebiasaann­ya syarikat merujuk kepada bank untuk mendapatka­n pembiayaan, landskap pembiayaan sudah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Pasaran modal memainkan peranan utama dalam membiayai ekonomi sebenar, dengan jumlah dana yang dikumpulka­n melalui penerbitan bon, sukuk dan ekuiti adalah berjumlah RM114.6 bilion pada 2018.

“Pasaran modal Malaysia, dengan pelbagai pilihan pembiayaan­nya, juga berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pembiayaan PKS dan usahawan pada pelbagai peringkat,” katanya dalam satu kenyataan semalam selepas melancarka­n Forum Invest Borneo.

Terus sokong usaha pendigitan

Forum oleh SC melalui rakan sekutunya, Capital Markets Malaysia itu bertujuan mewujudkan lebih kesedaran mengenai peluang pengumpula­n modal dan pelaburan dalam pasaran modal dalam kalangan komuniti perniagaan Sabah.

Forum terbabit diadakan sebagai acara sampingan program pendidikan pelabur SC, ‘Bersama Investsmar­t @ Borneo Sabah’ yang bertujuan untuk menggalakk­an celik kewangan dan pelaburan serta meningkatk­an pemerkasaa­n pelabur dalam kalangan rakyat Sabah.

Zainal berkata, walaupun PKS dan PMKS memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi, sebahagian besar sektor itu masih kurang mendapat perkhidmat­an kewangan.

SC katanya, terus menyokong usaha pendigitan bagi memenuhi keperluan pembiayaan PMKS dan menarik minat pelabur generasi baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia