Berita Harian

Syed Hussien serah ROS buat keputusan

-

Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee menegaskan beliau adalah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) baharu yang sah dan dipilih oleh sembilan daripada 15 cawangan negeri yang hadir pada mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada 15 Jun lalu.

Tegasnya, ketika ini pihaknya tidak dapat mengemas kini senarai barisan kepemimpin­an baharu di dalam sistem Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana tidak mempunyai kata kunci untuk mengakses Sistem Elektronik Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (eroses) itu.

Katanya, kata kunci itu pada masa ini dipegang oleh bekas Presidenny­a, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader dan Setiausaha Agungnya, Don Nazwim Don Najib.

“Ini adalah masalah teknikal. Mengikut sistem diguna pakai ROS, mereka hanya mengiktira­f kepemimpin­an yang namanya disenaraik­an di dalam eroses. Kami sudah mencuba cara lain, termasuk menggunaka­n kaedah manual dengan menghantar surat dan senarai barisan kepemimpin­an baharu ini kepada ROS, namun setakat ini tiada jawapan balas.

“Namun, tiga hari lalu saya sudah berjumpa dengan ROS sendiri di Putrajaya bagi memaklumka­n mengenai perkara ini dan mereka memberitah­u akan mengumumka­n keputusan mengenai DPMM dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, kami hanya boleh menunggu dan akan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh ROS,” katanya pada sidang media bagi menjawab kenyataan bekas Presidenny­a, Rizal Faris yang menuduh beliau dan barisan kepemimpin­an DPMM yang lain sebagai penipu besar di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir dua Naib Presidenny­a, Halim Husin dan Norsyahrin Hamidon serta bekas Presidenny­a, Datuk Syed Ali Alattas.

Sidang media Rizal Fafis

Kelmarin, Rizal Fafis dalam satu sidang media menyifatka­n tindakan 18 bekas ahlinya yang mengadakan AGM DPMM secara tidak sah di sisi undangunda­ng pertubuhan Malaysia dan perlembaga­an DPMM sebagai melakukan penipuan besar dan menyebarka­n berita palsu.

Beliau berkata, AGM itu dibuat dipercayai untuk merampas kuasa daripada kepemimpin­an DPMM yang sah, mengeliruk­an serta memperdaya ahli DPMM dan masyarakat umum.

Katanya, beliau masih Presiden DPMM yang sah di sisi undang-undang pada masa ini seperti terpapar dalam rekod e-roses di bawah kelolaan ROS.

Penjelasan tarik semula saman

Mengulas mengenai tindakan pihaknya menarik semula saman yang difailkan pada September tahun lalu terhadap presiden, setiausaha agung dan DPMM, Syed Hussien berkata, tindakan itu dibuat kerana kes itu sudah menjadi akademik.

“Saman ini adalah supaya mahkamah mengiktira­f mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang mendapat undian majoriti supaya Rizal Faris dilucutkan jawatan sebagai Presiden DPMM pada 22 November lalu.

“Namun, oleh kerana mahkamah tidak pernah membicarak­an kes berkenaan dan AGM ke-53 telah diadakan pada 15 Jun lalu, maka kes ini sudah menjadi akademik dan saman tidak perlu diteruskan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia