Berita Harian

KOPERASI NSTP

rancang teroka projek rumah mampu milik

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berada di landasan tepat mempelbaga­ikan portfolion­ya apabila merancang untuk meneroka projek perumahan mampu milik.

Pengerusin­ya, Mohd Fadzil Abdul Ghani, berkata usaha Koperasi NSTP menceburi industri pembanguna­n hartanah adalah sebagai

langkah untuk meningkatk­an pendapatan sedia ada koperasi seterusnya mengagihka­n keuntungan kepada ahli.

Katanya, sejak tiga tahun lalu Koperasi NSTP bergerak proaktif menceburi pelbagai cabang perniagaan yang dilihat mampu memberi pulangan keuntungan dan bidang hartanah adalah antara sektor diceburiny­a, selain membuka cawangan pajak gadai Ar-rahnu Xchange dan agensi pelanconga­n (Media Travel Holidays).

“Kami merancang membantu ahli memiliki kediaman sendiri dan sekarang kami sedang mengadakan perbincang­an dengan koperasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah seperti Kopama untuk fasa selanjutny­a.

“Misi jangka panjang kami dalam bidang hartanah ini adalah untuk mewujudkan taman perumahan Koperasi NSTP sendiri yang mana kami akan membangunk­an perumahan untuk ahli dan memberikan pinjaman perumahan kepada ahli tanpa perlu meminjam daripada bank.

“Selain itu, Koperasi NSTP juga bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana ahli yang ingin membangunk­an tanah yang mereka miliki,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, bagaimanap­un tahun ini pihaknya akan memberi tumpuan untuk menjana keuntungan daripada aset sedia ada Koperasi NSTP.

Pelaburan masa depan

Mohd Fadzil berkata, pada masa ini Koperasi NSTP mempunyai beberapa aset bangunan, iaitu unit kondominiu­m di Nadi Bangsar dan Sri Tijani Sungai Buloh, rumah kedai di Saville Kajang, rumah kedai di Bandar Putra Bangi serta Sunway Mentari Bangi.

Beliau berkata, semua aset terbabit dibeli pada tiga tahun lalu dan sudah memperoleh pulangan modal.

“Kami yakin jika Koperasi NSTP membuat pelaburan dalam hartanah ia adalah antara pelaburan baik untuk masa depan dan setakat ini segmen hartanah menyumbang lebih kurang 10 peratus kepada pendapatan koperasi dan kami mengunjurk­an pertumbuha­n dua angka tahun ini.

“Koperasi NSTP juga diiktiraf sebagai koperasi ke-34 terbaik di Malaysia pada 2018 daripada 14,000 koperasi yang terdapat di negara ini dan sebelum ini, kita tidak mempunyai apa-apa ‘ranking’ dan saya yakin Koperasi NSTP akan terus cemerlang selari dengan matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Koperasi NSTP mempunyai ahli kira-kira 2,200 orang dan menguruska­n modal saham dan modal yuran lebih kurang RM20 juta.

Mohd Fadzil Abdul Ghani, Pengerusi Koperasi NSTP Kami merancang membantu ahli memiliki kediaman sendiri dan sekarang kami sedang mengadakan perbincang­a dengan koperasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah seperti Kopama untuk fasa selanjutny­a”

 ?? [FOT ?? Koperasi NSTP juga diiktiraf sebagai koperasi ke-34 terbaik di Malaysia pada 2018 daripada 14,000 koperasi yang ter
[FOT Koperasi NSTP juga diiktiraf sebagai koperasi ke-34 terbaik di Malaysia pada 2018 daripada 14,000 koperasi yang ter
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia