Berita Harian

Bayar deposit dengan Favepay

-

Pemaju hartanah terkemuka, Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) dan platform pembayaran digital terkemuka, Fave bekerjasam­a menawarkan pembeli rumah untuk membayar yuran tempahan mereka tanpa tunai dengan Favepay, pada masa sama, menerima mata ganjaran AIRBIG Airasia.

Kerjasama Mah Sing dengan Fave itu akan memberi kemudahan kepada pembeli rumah untuk membayar deposit mereka bagi projek terpilih di seluruh Malaysia dengan aplikasi mudah alih Fave.

Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing, Lionel Leong, berkata kerjasama ini sejajar dengan inisiatif digitalnya bermula daripada pemasaran dan jualan, pengurusan pembinaan dan jaminan kualiti serta pengalaman pelanggan dalam pengurusan harta.

“Teknologi mempengaru­hi hampir setiap aspek kelakuan pengguna dan tabiat pembelian. Rakyat Malaysia kini mempunyai kesedaran pengguna tertinggi di rantau ini, dengan kadar penggunaan telefon pintar yang tinggi dan penggunaan data mudah alih membawa kepada permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesai­an tanpa tunai.

“Kerjasama dengan Fave adalah satu lagi langkah dalam memacu inovasi digital Mah Sing untuk memenuhi tuntutan pengguna yang berubah-ubah,” katanya.

Pembeli rumah Mah Sing

Sementara itu, pengasas bersama, Chen Chow Yeoh, berkata misi syarikat adalah membantu perniagaan berkembang menerusi digitalisa­si.

“Dengan kerjasama ini, rakyat Malaysia bukan sahaja boleh menggunaka­n Fave di restoran atau membeli barang, malah kini membayar deposit rumah dengan hanya mengimbas kod QR dan menerima ganjaran,” katanya.

Pembeli rumah Mah Sing yang menghubung­kan mata ganjaran Airasia BIG dengan aplikasi Fave akan mendapat satu mata BIG Point untuk setiap perbelanja­an RM1.

Pembeli juga berpeluang memenangi satu daripada lima tiket penerbanga­n ke Krabi yang ditaja oleh Airasia BIG.

Projek yang mengambil bahagian adalah M Centura, Sentul; Sensory Residence @Southville City, KL Selatan; Cerrado@southville City; Savana Executive Suites@southville City, KL Selatan; Kedai Savanna Lifestyle dan Boulevard@southville City; M Vista, Pulau Pinang; Southbay Plaza, Pulau Pinang; The Loaf @ Southbay City dan Ferringhi Residence 2C di Pulau Pinang.

Lionel Leong, Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing Kerjasama dengan Fave adalah satu lagi langkah dalam memacu inovasi digital Mah Sing untuk memenuhi tuntutan pengguna yang berubah-ubah”

 ??  ?? Ferringhi Residence 2C
Ferringhi Residence 2C
 ??  ?? M Vista
M Vista
 ??  ?? M Centura
M Centura
 ??  ?? Leong (kiri) dan Chow Yeoh (kanan) bersama Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Rachel Leong menunjukka­n aplikasi Favepay.
Leong (kiri) dan Chow Yeoh (kanan) bersama Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Rachel Leong menunjukka­n aplikasi Favepay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia