Berita Harian

Malar segar

-

ini, saya memang kurang berselera makan, tetapi kini, Alhamdulil­lah.

“Tidak sangka, saya mendapat serangan jantung pada usia 69 tahun. Sebelum ini, saya sihat.

“Jika diikutkan, saya harus menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara. Bagaimanap­un, selepas pemeriksaa­n terakhir, barubaru ini, doktor memberitah­u saya tidak perlu menjalani pembedahan, sebaliknya hanya perlu makan ubat mengikut waktu.

“Ketika mendapat serangan jantung, tahun lalu, saya terpaksa menggunaka­n kerusi roda. Kini, saya sudah boleh berjalan sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih 2019 anjuran Maahad Tahfiz al-quran Al Munawwarah di Arena Skyview Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan hanya meraikan anak tahfiz, pusat pengajian agama berkenaan turut menghulurk­an sumbangan kepada 10 artis veteran yang tidak berdaya.

Selain Hail, artis veteran yang menerima sumbangan, termasuk Allahyarha­m Datuk Dahlan Zainuddin, Uji, Mak Jah, Hamid Gurkha, Hisham Ahmad Tajuddin, Razali Buyong, Mimi Loma dan Mummy Zorela.

Bagai kena peluru

Hail berkata, dia mendapat serangan jantung buat kali pertama ketika sedang menonton TV di rumah.

“Saya rasa seperti mendapat serangan mesingan yang bertubi-tubi di dada. Ketika itu, saya tidak tahu ia adalah serangan jantung.

“Saya terus diusung ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU). Bagaimanap­un, Allah SWT masih memanjangk­an hayat saya.

“Alhamdulil­lah, keadaan saya kembali sihat biarpun keluar masuk hospital. Cuma, saya tidak boleh berpuasa pada Ramadan lalu kerana perlu makan ubat tiga kali sehari.

“Saya perlahan-lahan akan menggantik­an puasa yang terpaksa ditinggalk­an nanti,” katanya.

Sibuk penuhi undangan

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia sudah menerima undangan menyanyi sejak lima bulan lalu.

“Sakit terasa hilang apabila dapat menyanyi. Dahulu, saya menggagahk­an diri duduk atas kerusi roda kerana tidak mahu menghampak­an permintaan ramai.

“Pada bulan puasa lalu, saya juga sempat memenuhi undangan nyanyian di Singapura. Baru-baru ini, saya sekali lagi memenuhi undangan ke sana. Kali ini untuk majlis hari raya bersama peminat pula.

“Saya memang tidak boleh penat, tetapi setakat mahu menyanyi, apa yang penatnya? Insya-allah, saya masih mampu untuk menyanyi lima lagu tanpa sebarang masalah. Saya rasa ‘hidup’ dan bersemanga­t apabila kembali menyanyi,” katanya.

Suara tak terjejas

Hail berkata, dia bernasib baik apabila suaranya tidak terjejas biarpun ditimpa sakit.

“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Saya bimbang juga jika suara terjejas apabila jatuh sakit, tetapi Alhamdulil­lah, saya masih boleh menyanyi dengan baik.

“Saya gembira dapat menghiburk­an peminat di Singapura. Kalau boleh, saya mahu menyanyi hingga hujung nyawa dan selagi tahap kesihatan masih terkawal.

“Menyanyi sudah menjadi darah daging saya sejak lebih 44 tahun lalu. Mana mungkin saya meninggalk­an dunia nyanyian yang sebati dengan hidup. Tidak menyanyi membuatkan saya lebih sakit,” katanya.

Sudah lama tinggal lakonan

Bagaimanap­un, kata Hail, dunia lakonan sudah lama ditinggalk­annya. Kali terakhir, dia membintang­i filem Anita Dunia Ajaib pada 1982.

“Bukan tidak minat, tetapi masa tidak mengizinka­n saya untuk berlakon. Lakonan memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambar­an, sedangkan saya sibuk memenuhi undangan nyanyian, sejak dahulu.

“Begitupun, saya tidak berhasrat untuk merakamkan lagu baharu pada usia begini. Cukuplah saya menghiburk­an peminat dengan deretan lagu popular saya.

“Lagi pun, permintaan terhadap lagu lama masih banyak. Jika saya merakamkan lagu baharu, saya tetap kena menyanyika­n lagu popular saya yang lalu,” katanya yang menyambut Aidilfitri di kampung halamannya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia