Berita Harian

Desas-desus

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Krajamawar@bh.com.my

isah ‘cinta lokasi’ bukan perkara baharu dalam dunia selebriti. Ramai pelakon terjebak dan diulit cinta di lokasi penggambar­an, selama beberapa bulan. Tetapi penghujung­nya, masing-masing angkat kaki begitu sahaja.

Pelik juga... Mampukah seseorang dilamun cinta hanya dua atau tiga bulan, kemudian melupakann­ya?

Kisah terbaru yang menggegar telinga Raja dikatakan membabitka­n pelakon berbadan ‘sado’, Nazrief Nazri dan bakat baharu, Janisa Jalil. Khabarnya, mereka digandingk­an sebagai bintang utama dalam drama, Suamiku Mr Blind.

Drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd itu diarahkan oleh Rusdi Ramli untuk siaran sebuah saluran TV berbayar.

Sebagaiman­a yang diketahui, Nazrief sudah lama menjalinka­n hubungan dengan model hijab, Aizatul Aqma.

Selama ini, Nazrief sentiasa bersikap terbuka memperkata­kan hubunganny­a dengan gadis berkenaan. Bukan itu sahaja, dia juga sering memuat naik gambar buah hatinya di Instagram.

Jujurnya, Raja tidak kenal siapakah gerangan gadis bernama Janisa Jalil ini. Khabarnya, dia baru sahaja berlakon drama dan digandingk­an pula dengan Nazrief.

Sudah berteman

Ada yang mendakwa, Nazrief dan Janisa saling terpaut ketika berganding­an dalam drama terbabit... Betul ke? Dengarnya, Janisa juga sudah mempunyai buah hati. Jadi, kedua-duanya sudah berpunya, tetapi masih nak terpaut hati pada orang lain ke? Isy... Tak tahulah.

Mereka dikatakan mula ‘bermain cinta’ ketika kekasih Janisa mengerjaka­n umrah di Makkah. Buah hati Nazrief pula ingat, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Lara Terindah itu sibuk di lokasi.

Bagaimanap­un, Nazrief dan Janisa dikatakan ‘kantoi’ dengan kekasih masing-masing. Apa lagi, khabarnya dunia macam nak terbalik selepas itu.

Difahamkan, kekasih Nazrief dapat menghidu perbuatan curang buah hatinya itu menerusi satu kejadian. Tidak perlulah Raja ceritakan kejadian yang berlaku, ya!

Raja dengar, kekasih Nazrief mengamuk sakan hingga pelakon lelaki itu terpaksa berlaku jujur mengenai perbuatan curangnya. Khabarnya juga, semua kisah ‘luar dalam’ terpaksa diceritaka­n.

Serang di lokasi?

Apabila pengakuan sudah dibuat, kekasih Nazrief mahu bertemu dan bersemuka pula dengan Janisa.

Sumber mendakwa, berlaku adegan ‘serangan’ di lokasi penggambar­an apabila kekasih Nazrief datang ke situ.

Khabarnya juga, pergaduhan yang berlaku terpaksa dileraikan kru produksi. Malah,

Raja dengar, ada pihak yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Terbaru, Raja dengar, hubungan

Janisa dengan kekasihnya juga sudah terlerai.

Sungguhpun begitu, Raja lihat Nazrief dan kekasihnya masih terus menjalinka­n hubungan.

Gambar mereka berdua menyambut

Aidilfitri masih dimuatkan dalam laman Instagramn­ya.

Mungkin kekasih Nazrief sudah memaafkan dan melupakan insiden yang berlaku.

 ??  ?? RAJA: Kecurangan seseorang selebriti dengan gadis cantik di sebuah hotel terdedah apabila isterinya menemui resit tempat mereka memadu kasih.
RAJA: Kecurangan seseorang selebriti dengan gadis cantik di sebuah hotel terdedah apabila isterinya menemui resit tempat mereka memadu kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia