Berita Harian

Mahu ruang selesai isu rumah tangga

Fizo buka mulut ulas kemelut perkahwina­n, sedia terima sebarang keputusan mahkamah

- Oleh Hanisah Selamat

Fizo dan Mawar diijab kabulkan pada November 2013 dan dikurniaka­n cahaya mata perempuan, Wan Maryam, yang kini berusia dua tahun.

Bhanisah@bh.com.my

eberapa hari selepas 1 Syawal menjelma, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita pasangan selebriti, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim, yang dikatakan beraya berasingan.

Apabila mereka tidak bersama-sama menyambut lebaran, seperti pasangan suami isteri lain, ia tentu sahaja dengan pantas mencetuska­n perdebatan dalam kalangan peminat dan pemerhati dunia hiburan. Mungkin ada sesuatu berlaku terhadap rumah tangga pasangan terbabit yang tidak diketahui ramai?

Tidak membiarkan pelbagai spekulasi terus menjelma, pelakon yang juga seorang usahawan itu tampil membuat penjelasan, 10 Jun lalu, berhubung perkara berkenaan.

Ketika itu, Fizo berkata, mengikut perancanga­n, dia dan isteri serta anak tunggal mereka, Wan Maryam, sepatutnya bersama bersama di Kota Bharu, Kelantan.

Namun, pada saat akhir, isterinya dan anak mereka terpaksa pulang ke kampung Mawar di

Pulau Pinang apabila bapa mentuanya jatuh sakit.

Fizo juga menyatakan, perkahwina­n yang dibina selama kira-kira enam tahun itu tidak berdepan masalah.

Isteri jumpa peguam

Namun, pada minggu lalu, ruangan gosip dalam sisipan B*POP ada menyiarkan artikel mengenai rumah tangga mereka. Mawar dikatakan ada berjumpa peguam, baru-baru ini, bagi mendapatka­n nasihat berhubung perkahwina­n mereka.

Pada 23 Jun pula, BH Online melaporkan, Fizo belum bersedia memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, selain mengharapk­an doa yang baik-baik untuk mereka berdua.

Terbaru, pelakon Isyarat Cinta itu mengakui masih menunggu keputusan mahkamah berhubung kemelut yang melanda rumah tangganya.

Fizo berkata, apa juga keputusann­ya nanti, dia akan menerima dengan hati terbuka.

“Doa yang baik-baik supaya saya dan Mawar dipertemuk­an jalan yang terbaik. Tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah dan sekiranya terjadi, saya anggap itu sebagai takdir.

“Saya percaya perancanga­n Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hamba-nya. Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang untuk kami menyelesai­kan isu ini sebaik mungkin,” katanya menerusi satu hantaran berserta foto keluarga di Instagram, Khamis lalu.

Mohon maaf

Sebelum itu, Fizo yang turut dikenali sebagai pengacara mengakui, hubungan mereka berdepan kemelut, malah Mawar dikatakan sudah mendapatka­n nasihat peguam.

Tambah Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, dia memaafkan segala komen mahupun fitnah yang dilemparka­n warganet kerana maklum, mereka tidak tahu perkara sebenar.

Katanya lagi, dia berharap semua pihak memahami keadaan mereka yang masih mencari jalan terbaik dalam menangani kemelut itu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan dan peminat yang prihatin apabila bertanya khabar mengenai cabaran dalam rumah tangga saya serta Mawar.

“Buat masa ini, saya tidak dapat menjawab segala persoalan. Tidak dinafikan rumah tangga saya menghadapi sedikit cabaran. Saya amat berharap, terutama pihak media dan warganet bersabar serta memahami situasi kami,” katanya.

Terus berbaik demi anak

Fizo bagaimanap­un menganggap ujian dihadapi mereka mempunyai hikmah.

“Sesiapa yang mendirikan rumah tangga, pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertaha­nkannya hingga ke jannah.

“Tetapi, apabila sampai waktunya, kita dipilih

Allah untuk diuji dan itu bermaksud, kita mampu menghadapi­nya.

“Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah. Hikmah bergantung kepada kita yang menerimany­a,” tulisnya.

Pada masa sama, dia menegaskan, biar apa juga yang berlaku terhadap perkahwina­n mereka nanti, dia dan Mawar akan terus berbaik demi anak.

“Insya-allah, hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarka­n dan mendidik Wan Maryam. Apa juga yang terjadi,

Mawar tetap ibu kepada anak kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia