Berita Harian

Sudah sedia jadi suami

Cinta datang tanpa diduga, Fadlan pilih gadis dikenali sekian lama

-

PENGHARGAA­N

Pelakon yang terlebih dahulu mencipta nama dalam dunia peragaan, sejak berusia 16 tahun itu berkata, dia juga pernah menjalinka­n hubungan dengan pelakon dan penyanyi.

“Malangnya, saya selalu ditinggalk­an. Apabila kecewa,

Julie menjadi teman setia mendengar luahan rasa.

“Sama juga dengan Julie, dia meluahkan perasaanny­a apabila hubungan cinta dengan lelaki lain berdepan masalah. Kami saling berkongsi kisah peribadi.

“Hakikatnya, saya tidak pernah menggatal atau cuba menguratny­a walaupun kerap bertemu. Ketika itu, kami langsung tiada perasaan.

“Lama kelamaan, kami mula sedar saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Fadlan berkata, dia masih ingat peristiwa keluar ‘dating’ bersama seorang pelakon, manakala Julie pula menemui lelaki lain.

“Entah kenapa perasaan cemburu membuak di hati. Kami mula perli dan sindir menyindir. Saya katakan padanya, apakah dia sudah berasa bagus apabila keluar dengan lelaki itu? Dia pula balas, dirinya tak hairan saya keluar dengan pelakon itu.

“Saya jadi pelik kenapa ia jadi seperti ini? Dahulu, tiada pun perasaan cemburu. Sejak itu, kami mula jujur mengenai perasan masing-masing.

“Rupa-rupanya, ada perasaan yang hadir dalam diri tanpa kami sedari. Saya menjalinka­n hubungan lebih serius bersamanya sejak 2015,” katanya yang kini sibuk dengan penggambar­an drama, Alergi Mamat Romantik, arahan Harris Fadzillah.

Drama 20 episod terbitan Country & Universal Sdn

Bhd itu menggandin­gkan

Fadlan bersama Zara Zya.

Pernah keluar dengan artis

Bekas anggota kumpulan VIP itu berkata, walaupun pernah menjalinka­n hubungan dengan golongan artis, ada sebab mereka tidak mampu meneruskan­nya.

“Masa menjadi penyebab uta

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia