Berita Harian

Tiba-tiba cemburu menjelma

Daripada teman pendengar setia, Fadlan dan Julie jadi kekasih

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Brajamawar@bh.com.my

iarpun berbeza agama, bangsa dan budaya, hubungan aktor kacak, Fadlan Hazim, 27, dengan kekasihnya, Julie Anne Kang, 27, cukup istimewa berbanding kisah cinta pasangan lain.

Fadlan dan gadis Tionghua berkenaan saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi. Mereka adalah rakan sekelas dan berkawan baik sejak berusia 13 tahun. Jika dihitung, persahabat­an mereka sudah lebih 14 tahun terjalin.

Dahulu, Julie menjadi tempat pelakon yang mencipta populariti menerusi deretan drama seperti dan itu mengadu suka dan duka.

Saling memerlukan

Berkali-kali putus cinta dan ditinggalk­an kekasih, ahli perniagaan yang juga pereka kasut yang semakin dikenali itu menjadi teman setia mendengar luahan kekecewaan terbuku di hatinya.

Siapa sangka, akhirnya cinta bersemi tanpa dipaksa. Menyedari antara mereka saling memerlukan, bibit cinta yang berputik menjadi sandaran buat masing-masing meneruskan hubungan dengan lebih serius, sejak beberapa tahun lalu.

Manis melemparka­n senyuman, Fadlan mengakui: “Saya dan Julie mempunyai kisah cinta yang manis untuk dikenang. Kami berkawan baik sejak di bangku sekolah. Jadi, masing-masing memang kenal perangai kami berdua yang entah apa-apa. Nak menipu pun selalu ‘kantoi’ walaupun saya seorang pelakon (ketawa).

“Hingga kini, kami tetap berlawak dan bersembang seperti kawan baik, walaupun sudah menjadi pasangan kekasih.

“Kami boleh bercakap serius dan ada masa bergurau senda. Apabila menjadi kekasih, kami tidak mahu berpura-pura, sebaliknya bebas menjadi diri sendiri,” ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Fadlan akui, hidupnya ada pasang surut. Sebelum bercinta dengan Julie, dia pernah menjalinka­n hubungan dengan beberapa gadis lain.

“Pada saat jatuh, semua gadis menghilang­kan diri. Bagaimanap­un, hanya Julie setia bersama saya. Dia ada pada saat jatuh dan bangun saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia